Jumaat, 22 November 2024

TANGKAP SETANYAHU



Beberapa negara Eropah sedia laksana waran tangkap ICC terhadap Netanyahu

RAMALLAH: Kebanyakan negara Eropah menyokong pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, berhubung perang di Gaza.

ICC menyatakan pihaknya sudah mendapat asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Gallant memikul tanggungjawab terhadap jenayah perang kelaparan sebagai kaedah peperangan, serta jenayah terhadap kemanusiaan iaitu pembunuhan, penganiayaan dan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Keputusan ICC itu mewakili harapan dan keyakinan terhadap undang-undang antarabangsa serta institusinya, namun memerlukan negara yang meniktiraf ICC untuk memutuskan 'hubungan dan pertemuan' dengan Netanyahu atau Gallant.

Sehubungan itu, pemimpin dunia berbelah bahagi berhubung isu pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, dengan Israel dan sekutunya menolak sama sekali keputusan mahmakah itu.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, adalah sangat penting untuk semua pihak mematuhi undang-undang antarabangsa, sambil menambah bahawa negaranya akan mematuhi keputusan mahkamah antarabangsa itu.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, berkata keputusan ICC harus dihormati dan dilaksanakan, sambil menambah bahawa 'rakyat Palestin berhak mendapat keadilan'.

Menteri Luar Norway, Espen Barth Eide, berkata adalah penting bagi ICC melaksanakan mandatnya dengan cara yang bijaksana dan beliau yakin mahkamah akan meneruskan kes itu berdasarkan standard perbicaraan adil yang tertinggi.

Menteri Luar Sweden, Maria Malmer Stenergard, berkata negaranya 'menyokong kerja penting mahkamah serta melindungi kebebasan dan integritinya'.

"Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Sweden akan menentukan penahanan individu yang dikenakan waran ICC di wilayah Sweden," katanya.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, menyifatkan waran tangkap ICC sebagai langkah 'memberi harapan' dan amat penting untuk membawa pihak berkuasa Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin ke muka pengadilan.

"Kami akan terus bekerja untuk memastikan undang-undang antarabangsa dilaksanakan bagi menghukum jenayah genosid," tambah Fidan.

Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto, berkata negaranya terikat untuk menangkap Netanyahu sekiranya melawat Itali, walaupun beliau mengkritik keputusan ICC.

Austria turut menyatakan perkara yang sama, walaupun Menteri Luar, Alexander Schallenberg, menyifatkan waran ICC itu sebagai tidak masuk akal.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell, menekankan bahawa keputusan itu adalah tindakan mahkamah yang mesti dihormati dan dilaksanakan.

Setiausaha Agung Amnesty International dan Sokongan Global, Agnes Callamard, menyatakan bahawa Netanyahu kini menjadi 'individu yang dikehendaki' dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk memastikan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Sepanyol menegaskan akan mematuhi keputusan ICC mengikut undang-undang antarabangsa dan Belgium, Belanda, Switzerland serta Ireland menyatakan sokongan penuh terhadap ICC.

Mereka juga berjanji akan memenuhi komitmen dan kewajipan berkenaan Statut Rom serta Undang-Undang Antarabangsa, bagi memastikan semua pihak bertanggungjawab dari segi undang-undang dalam jenayah perang di Israel dan Gaza dihadapkan ke mahkamah.

Kementerian Luar Perancis menyatakan bahawa tindakannya terhadap waran itu akan selaras dengan statut ICC, tetapi enggan mengesahkan sama ada ia akan menahan Netanyahu, atas alasan kerumitan undang-undang.

Britain menghormati kebebasan ICC, menurut jurucakap Perdana Menteri, Keir Starmer, tanpa mengesahkan sama ada Britain akan melaksanakan waran itu.

Afrika Selatan, yang menuduh Israel melakukan genosid di Gaza kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), menyambut baik keputusan ICC.

"Tindakan ini menandakan langkah penting ke arah keadilan bagi jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang di Palestin," katanya.

Di Tebing Barat, Pihak Berkuasa Palestin dan pejuang Hamas menyambut baik waran tangkap yang dikeluarkan ICC terhadap Netanyahu dan Gallant, berhubung perang di Gaza. - AGENSI

INI BERITA BAIK

UNTUK DUNIA

AMIN

SETANYAHU

PENJENAYAH

PEMBUNUH

UTAMA HENDAK

DI TANGKAP

AMIN

KITA LIHAT

APA TERJADI NANTI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tangkap2 ni tak rock lah.
Houti Hesbollah patut ikat kaki tangan setanyahu&askar2 zionis berbaris depan firing squad.
Samada Kalashnikov AK-47 atau hunjam dengan Molotov

Darah dibayar darah.