Remaja perempuan mengaku teman lelakinya buang bayi di tandas plaza tol
KUALA LUMPUR – Perbuatan sepasang kekasih remaja membuang bayi yang dilahirkan di tandas di Plaza Tol Batu 14, Lebuh Raya Damanasara-Puchong (LDP) dekat sini minggu lalu akhirnya terbongkar.
Menurut sumber, ia selepas seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada 18 Disember lalu.
Remaja berkenaan dikatakan mendapatkan rawatan kerana mengalami sakit perut dan demam sebelum doktor menyedari remaja perempuan terbabit pernah bersalin.
“Kemudian remaja itu mengaku bersalin di dalam tandas sebuah pusat beli belah di Puchong sebelum teman lelakinya berusia 19 tahun telah membuang bayi mereka di dalam tandas di plaza tol terbabit.
“Orang awam yang menggunakan tandas di plaza tol itu menemukan bayi tersebut sudah tidak bernyawa pukul 10 malam pada 18 Disember lalu sebelum menghubungi polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan