Isnin, 30 Disember 2024

TALIBAN SERANG PAKISTAN



Seorang tentera Pakistan maut, tujuh cedera pertempuran di sempadan Afghanistan

PESHAWAR: Seorang tentera paramiliter Pakistan maut, manakala tujuh lagi cedera susulan kejadian berbalas tembakan rentas sempadan dengan pasukan Afghanistan, kata sumber keselamatan pada Sabtu.

Sumber itu antara lain memaklumkan ratusan rakyat Afghanistan mengadakan protes terhadap serangan udara yang mencetuskan pertempuran terbabit.

Pegawai di kedua-dua negara berkata, pertempuran sporadik termasuk penggunaan senjata berat meletus semalaman, antara pasukan sempadan (FC) antara wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan dan Khost, Afghanistan.

Kejadian itu berlaku selepas pihak berkuasa Taliban Afghanistan menuduh Pakistan membunuh 46 mangsa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dalam serangan udara berhampiran sempadan di wilayah tenggara Paktika, minggu ini.

Bercakap kepada AFP, sumber keselamatan kanan Pakistan, berkata pihaknya menyasarkan 'lokasi persembunyian pengganas', walaupun Islamabad belum mengesahkan secara rasmi serangan udara itu.

"Seorang anggota FC dilaporkan terbunuh, manakala tujuh lagi cedera," katanya sambil memaklumkan pertempuran berlaku sekurang-kurangnya di dua lokasi di daerah sempadan Kurram, Pakistan.

Kementerian Pertahanan Afghanistan dalam ciapan di X pula berkata, 'beberapa lokasi' di sempadan Pakistan 'diserang negara itu, sebagai tindak balas'.

Seorang pegawai wilayah di Khost berkata, pertempuran memaksa penduduk melarikan diri dari kawasan sempadan, tetapi tiada laporan mengenai kematian dalam kalangan pasukan Afghanistan.

Di bandar Khost semalam, ratusan rakyat Afghanistan mengadakan protes menentang Pakistan, mendesak negara itu supaya bertanggungjawab atas kematian orang awam.

Serangan itu adalah siri lonjakan terbaru permusuhan di sempadan Afghanistan-Pakistan, dengan ketegangan perbatasan kedua-dua negara meningkat sejak Taliban merampas kuasa, pada 2021.

Islamabad mendakwa pihak berkuasa Kabul melindungi pejuang militan, membenarkan mereka melakukan serangan di tanah Pakistan tanpa dikenakan tindakan, namun ia dinafikan kerajaan Taliban.

Lonjakan pertempuran di sepanjang sempadan berlaku selepas tentera Pakistan melancarkan serangan udara di kawasan perbatasan Afghanistan pada Mac lalu, dengan pihak berkuasa Taliban mendakwa lapan orang awam terbunuh. -

TALIBAN ANAK

DIDIK PAKISTAN

AMIN

AMERIKA BERI

DANA PAKISTAN

BERI LATIHAN

AMIN

SEKARANG

 TALIBAN

LAWAN PAKISTAN

ANAK MURID

LAWAN CIKGU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Musuh orang sendiri musuh dalam keluarga sendiri lagi banyak dari musuh luar, orang sendiri bangsa sendiri agama sendiri akan hantar squd masuk lubang bontot kah kah kah