Isnin, 30 Disember 2024

PEMUDA BN SALAH AGENDA




Pemuda BN ajak Adam Adli, ahli AMK sertai solidariti untuk Najib

KUALA LUMPUR – Pemuda Barisan Nasional (BN) menjemput Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim dan rakan-rakan dalam AMK bersama-sama menyertai perhimpunan solidariti buat bekas Perdana Menteri,  Najib Razak di Istana Kehakiman pada 6 Januari depan bagi menuntut keadilan.

Pengarah Komunikasi Pemuda BN, Neow Choo Seong berkata, Adam Adli sebelum ini cukup dikenali dan disanjungi anak-anak muda kerana memperjuangkan reformasi keadilan dan menentang kezaliman.

Malah, katanya, Adam Adli juga mempunyai pengalaman luas mengetuai beberapa siri demontrasi jalanan suatu ketika dahulu.

“Maka, Pemuda BN ingin menjemput dan berharap YB Adam Adli dapat hadir bersama kami untuk menuntut keadilan dalam sistem perundangan negara,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Choo Seong, jemputan terhada Adam Adli itu juga selaras dengan kenyataan Perdana Menteri yang juga Pengerusi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Disember lalu yang menyifatkan terdapat kelemahan dalam beberapa kes pendakwaan yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, ujar beliau, atas keikhlasan dan semangat Kerajaan Perpaduan, maka adalah wajar AMK dan sayap Pemuda Pakatan Harapan (PH) dapat bersama-sama dengan Pemuda BN dalam perhimpunan aman untuk Najib tersebut.

“Sebagai barisan pemimpin pelapis, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan keadilan sistem perundangan negara dan menghentikan amalan dendam politik yang bukan sahaja merugikan rakyat tetapi juga membazir sumber negara serta mencemarkan kemuliaan institusi kehakiman di negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Choo Seong turut mempertahankan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,  Dr. Muhamad Akmal Saleh yang membangkitkan persoalan untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan media oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung isu pengampunan diraja.

Tegasnya, tidak ada keperluan untuk Dr. Muhamad Akmal menarik balik kenyataan beliau seperti digesa Adam Adli kerana persoalan dibangkitkan itu tidak mengandungi apa-apa kesalahan atau bercanggah dengan undang-undang di negara ini.

Sebelum ini, Adam Adli menggesa Dr. Muhamad Akmal menarik semula kenyataan yang seolah-olah mempertikaikan pengampunan Diraja terhadap Anwar.

Ini kerana, menurut Adam Adli, pengurniaan pengampunan bukan keputusan yang dilakukan sewenang-wenangnya mengikut desakan politik, namun dilindungi mekanisme yang ditetapkan undang-undang dan Perlembagaan.

Tedahulu, Dr. Muhamad Akmal menerusi hantaran di Facebook mempersoalkan pengampunan Diraja yang diperolehi Anwar dan sejauh mana proses itu dibawa kepada Lembaga Pengampunan. – 

WOIT

AJAK ADAM 

DEMO

SOKONG NAJIB

SALAH AGENDA

AMIN

CUBA AJAK ADAM

DEMO TANGKAP 

AZAM BAKI

BARU BETUL

KAH KAH KAH

INGATKAN KEMBALI

SUMPAH JANJI

NAK TANGKAP

AZAM BAKI

KHALAS

Tiada ulasan: