Sabtu, 14 Disember 2024

ROSMAH BERADA DI MANA ?



Saya tidak akan balas dendam, jumpa di akhirat – Najib

KUALA LUMPUR – Najib  berpendirian, beliau tidak akan membalas dendam kepada pihak-pihak yang telah merancang dan melakukan ketidakadilan sehingga menyebabkannya terpalit dengan pertuduhan yang tidak dilakukan.

Dia menegaskan, lawan politik beliau dipenuhi dendam dan mengeksploitasi sistem yang mereka kawal terhadap individu yang tidak mampu mempertahankan diri.

“Bukan sikap saya untuk merendahkan diri dan berkelakuan serupa,” ujar beliau ketika memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Ketika membacakan pernyataan pembelaannya, Najib menggambarkan dirinya seorang lelaki tua dan lemah sehingga terpaksa hadir ke mahkamah berkerusi roda dan disorong oleh orang lain.

Ujar beliau, lawannya memperdaya dunia dan berbangga dengan kemenangan itu namun mereka tidak dapat menipu Yang Maha Kuasa yang melihat segala-galanya.

“Kelak pada hari penghakiman (akhirat), mereka akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang yang dilakukan.

“Kepada mereka yang mengkritik saya ketika berjawatan Perdana Menteri dan kononnya memperjuang hak asasi dan reformasi institusi, adakah ini Malaysia yang anda impikan?

“Saya juga rakyat negara ini, tidakkah saya berhak mendapat keadilan sama seperti orang lain? Mengapa keadilan dihalang untuk sampai kepada saya?” ujar beliau dalam pernyataannya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan berhubung pendakwaan bermotif politik terhadapnya.

Menurut Najib, beberapa pegawai kanan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkonspirasi dengan Low Taek Jho atau Jho Low membuat pembohongan demi pembohongan dalam usaha terdesak untuk menyelamatkan diri.

Mereka termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abdul Rahman; bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan; bekas Pegawai Khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin; dan bekas Ketua Pegawai Kewangan, Azmi Tahir.

Ujarnya, mereka hidup bebas tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa rasa penyesalan manakala pihak pendakwaan dan pasukan penyiasat bersifat berat sebelah.

Najib, 71, membela diri terhadap empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Mengikut pertuduhan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 6 Januari depan. –

WOIT

NAK DENDAM

MACAM MANA

HANG BUKAN

PM MACAM ANWAR

KAH KAH KAH

NAK JUMPA 

DI AKHIRAT KAT

LORONG MANA

KAH KAH KAH

MASA TU ROSMAH

KONTROL LAGI

KE TIDAK 

KAH KAH KAH

KALAU ROSMAH 

ADA SUSAH 

NAK JUMPA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dok dalam ingat akhirat baguih dapat discount di dunia macamana d akhirat!!!