Thaksin dilantik penasihat peribadi kepada Pengerusi ASEAN – PM
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilantik sebagai penasihat peribadi kepada Anwar Ibrahim yang akan mengetuai ASEAN sebagai pengerusi baharu tahun depan.
Perdana Menteri berkata, lantikan Thaksin adalah melalui instrumen tidak rasmi yang membolehkan Malaysia memanfaatkan pengalaman tokoh-tokoh dari negara-negara Asia Tenggara.
“Saya telah bersetuju untuk lantik Thaksin Shinawatra sebagai Penasihat Peribadi saya sebagai Pengerusi ASEAN bersama dengan satu pasukan daripada seluruh negara-negara ASEAN dalam satu bentuk himpunan tidak rasmi. Kita perlukan manfaat pengalaman daripada negarawan-negarawan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra sempena lawatan rasmi ke Malaysia pada hari ini.
Thaksin merupakan Perdana Menteri Thailand ke-23 antara tahun 2001 hingga 2006 namun digulingkan pada September 2006 dan hidup dalam buangan sehingga beliau kembali semula ke Thailand pada 2023.
Sebelum itu Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke negara ini diberi majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra hari ini.
Paetongtarn yang tiba di sini semalam untuk lawatan sulungnya ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Ogos lalu disambut oleh Perdana Menteri sebaik tiba pada pukul 9 pagi. –
2 ulasan:
Ini amat ketimbang thaksin itu cina thai..kimakzzzz mana akmal mana sang boikutt...kenapa tak amik punatsihat pelesitin, hamas atau hisbola?
konspirasi reformasi madani terhormat 3R sakau47 plus 40 & thaksin sina wat de becoz kahkahkah teruskan
Catat Ulasan