Isnin, 16 Disember 2024

UKRAINE ADA AMERIKA - RUSIA ADA KOREA UTARA



Lebih banyak tentera Korea Utara di kerah ke medan tempur di Ukraine


KYIV: Russia buat pertama kali mengerahkan sejumlah besar tentera Korea Utara bagi melancarkan serangan ke atas tentera Ukraine yang berjuang untuk mempertahankan wilayah Kursk dekat Russia, kata Presidennya, Volodymyr Zelenskiy.

Pemimpin Ukraine itu berkata, peningkatan penggunaan tentera dalam perang itu mencetuskan ketegangan baharu dan menggesa tindak balas global terutama negara sekutunya.

Katanya, kembalinya Donald Trump ke Rumah Putih bulan depan menghangatkan lagi spekulasi mengenai desakan bagi rundingan damai.

"Hari ini, kita sudah mempunyai data awal bahawa Russia mula menggunakan tentera Korea Utara dalam serangan mereka. Sebilangan besar daripada mereka dikerah," kata Zelenskiy dalam ucapan hariannya mengenai perang Ukraine-Russia.

Katanya, tentera Korea Utara digunakan dalam gabungan unit Russia dan ketika ini menjadi barisan hadapan di Kursk.

Content_1Content_1

"Kami mempunyai maklumat bahawa mereka (tentera Korea Utara) mungkin akan dikerah secara lebih meluas bagi mengisi barisan hadapan di kawasan Ukraine yang lain," katanya.

Pada mulanya, Kyiv berkata tentera Korea Utara muncul di wilayah Kursk, Russia pada Oktober dan kemudian melaporkan berlaku pertempuran, bagaimanapun angka mereka yang terkorban tidak dinyatakan.

Kyiv menganggarkan secara keseluruhan, terdapat 11,000 tentera Korea Utara, ia melonjakkan jumlah pasukan ketenteraan Russia kepada berpuluh ribu orang. Russia tidak mengesahkan mahupun menafikan kehadiran tentera Korea Utara di pihaknya.

Hampir 20 peratus daripada Ukraine kini diduduki tentera Moscow, sejak ia melancarkan pencerobohan ke wilayah Kursk di barat Russia pada Ogos.

Staf Am Ukraine melaporkan peningkatan ketara dalam jumlah serangan oleh pasukan Russia di barisan hadapan Kursk, termasuk serangan udara, serangan bom, dan lebih daripada 200 serangan artileri.

Pegawai Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukraine, Andrii Kovalenko, menyatakan bahawa pihak Korea Utara telah mengalami kerugian, namun tidak memberikan angka terperinci.

"Russia bergantung pada jumlah tenaga manusia dan cuba melancarkan operasi serangan dengan bantuan pihak Korea Utara, di mana tugas mereka adalah untuk bergerak di bawah serangan pasukan kami dan menduduki kawasan tertentu," kata Kovalenko di Telegram. - REUTERS


UKRAINE ADA

AMERIKA GERMAN

UK POLAND

DAN NATO

AMIN

RUSIA HANYA

ADA KOREA UTARA

AMIN 

TAPI RUSIA 

AKAN MENANG 

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: