Jumaat, 23 Mei 2025

GANJA BUKAN JENAYAH DI SIAM




Pengguna ganja di Thailand perlu ada sijil perubatan

BANGKOK: Pengguna ganja di Thailand perlu memiliki sijil perubatan bagi memastikan tumbuhan berkenaan digunakan hanya untuk tujuan perubatan, kata Menteri Kesihatan Awam, Somsak Thepsutin.

Pengumuman beliau itu adalah perkembangan terkini dalam tempoh panjang dan merumitkan dalam usaha Thailand mengawal selia penggunaan ganja sejak ia dinyahjenayahkan hampir tiga tahun lalu, menurut laporan Bangkok Post.

Thepsutin berkata, beliau akan menambah baik peraturan penggunaan ganja di negara itu dengan mengambil contoh mereka yang menggunakan ganja untuk merokok mungkin perlu menunjukkan sijil perubatan mereka.

"Pengguna ganja sama ada warga asing atau rakyat tempatan perlu memiliki sijil perubatan.

"Kami akan mengarahkan agensi kerajaan untuk terus menguatkuasakan undang-undang dan tidak membiarkan sebarang masalah timbul," katanya kepada pemberita, semalam.

Thepsutin berkata, peraturan baharu itu perlu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam dalam tempoh 40 hari.

Perubahan utama yang dicadangkan adalah mewajibkan pengguna ganja mendapatkan sijil perubatan, dengan preskripsi dikeluarkan oleh pengamal perubatan bertauliah, termasuk pengamal perubatan tradisional Thailand serta doktor perubatan am.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand, Dr Somlerk Jeungsmarn, berkata peraturan baharu itu perlu menjelaskan bahawa penggunaan ganja adalah bagi tujuan rawatan perubatan sahaja.

Beliau berkata, pada masa hadapan, pengguna perlu memiliki sijil perubatan yang membuktikan mereka menghidap penyakit seperti sawan, sakit kepala atau insomnia.

Penyahjenayahan ganja adalah dasar utama Parti Bhumjaithai, yang melihat potensi besar untuk membangunkan ekonomi berasaskan ganja yang menguntungkan.

Ketika Ketua Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul, memegang jawatan Menteri Kesihatan Awam dalam kerajaan pimpinan Jeneral Prayut Chan-o-cha, beliau mengeluarkan peraturan menteri yang mengasingkan ganja daripada senarai dadah berbahaya negara. – AGENSI

WOIT

ISAP GANJA

BUKAN JENAYAH

AMIN

MINUM AIR

KETUM BUKAN

JENAYAH

AMIN

JENAYAH IALAH

RASUAH DAN

JUAL 

HARTA NEGARA

PADA ZIONIS

BLACKOCK

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mai 3 juta.........

Tanpa Nama berkata...

pak cik pemegang kunci!!buat apa cari penjaga pintu..KALAU ada Great Founder boleh laaaa.........