Selasa, 3 Jun 2025

KATA KATA BENAR




Ramai jadikan UMNO batu loncatan untuk agenda peribadi – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – Semakin ramai hari ini yang melihat parti politik sebagai satu platform peribadi dengan ada yang menjadikan UMNO sebagai batu loncatan untuk agenda sendiri.

Bagaimanapun, Bendahari UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk bersama-sama parti itu.

Jelasnya, UMNO berdiri atas prinsip perjuangan yang tulen dan tidak memerlukan sandaran individu semata-mata.

Tambah beliau, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi asas dan roh perjuangan UMNO perlu terus dipertahankan oleh semua ahlinya.

“Kita perlu sedar bahawa apa yang lebih penting kini adalah menyatukan semula untuk kekuatan, memperkukuh jentera parti, dan membina kembali keyakinan rakyat terhadap UMNO sebagai wadah perjuangan sebenar.

“Yakinlah bahawa perjuangan yang ikhlas kerana Allah SWT akan sentiasa diberkati dan diredhai.

“Walaupun pelbagai ujian dan pengkhianatan berlaku, semangat ahli yang tulus akan menjadi tunjang ketahanan parti ini,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Catatan itu merujuk kepada tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,  Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengumumkan keluar UMNO dan menyatakan hasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

Tengku Zafrul meletakkan semua jawatan dan keahliannya dalam UMNO yang mana Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat rasmi peletakan jawatan beliau.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, keputusan Tengku Zafrul itu dibuat dalam landskap politik Malaysia yang semakin terbuka dan pelbagai, dan ahli-ahli UMNO yang masih setia perlu istiqamah dalam meneruskan perjuangan.

Tegas beliau, UMNO bukan sebuah parti individu dan bukan juga dibina atas dasar populariti semasa, sebaliknya wujud atas satu perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Ujarnya, parti itu dibentuk dengan semangat penyatuan bangsa untuk membela nasib umat serta mempertahankan maruah negara yang berdaulat.

Oleh itu, katanya, memahami dan menghayati perjuangan UMNO akan menjadikan ahli-ahlinya lebih tekad dan istiqamah meneruskan legasi perjuangan.

“Untuk orang UMNO di sinilah nilai prinsip Bersatu, Bersetia, Berkhidmat menjadi lebih penting.

“Slogan keramat ini bukan sekadar kata-kata indah, tetapi satu komitmen yang harus dijadikan pegangan demi memastikan parti terus kekal relevan, kuat, dan dihormati,” katanya. –



KAH KAH KAH

INI KATA KATA

YANG BENAR

LAGI BETUL

KAH KAH KAH

SAMPAI ADA

YANG KLIM JADI

TENGKU FRAUD

NAK MASUK

UMNO

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pundek tengkiu fraud ini idup lagi bersuara eh?