Rabu, 2 Julai 2025

TERIMA KASIH MAHFUZ




Himpunan `Turun Anwar’ tak gambar suara sebenar rakyat – Mahfuz

KUALA LUMPUR – Himpunan aman `Turun Anwar’ yang dirancang Pas pada 26 Julai ini, tidak mengambarkan suara rakyat sebenar, sebaliknya penggemblengan ahli parti yang taksub kepada pemimpin.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),  Mahfuz Omar berkata, himpunan itu juga adalah strategi politik untuk menggugat kestabilan negara dan menghancurkan segala usaha pemulihan ekonomi yang sedang berjalan.

Tambahnya, ia juga dirancang dengan dengan membakar emosi dan sentimen ahli serta penyokong tegar Pas dan Perikatan Nasional (PN) ketika pelabur asing kembali yakin terhadap negara dan inflasi semakin terkawal.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan politik negara tidak akan melangkah ke hadapan jika pembangkang, khususnya Pas berterusan menghasut rakyat melalui himpunan tersebut dengan menjadikan isu cukai jualan dan perkhidmatan (SST); penyasaran subsidi dan tarif elektrik sebagai modal politik jalanan.

“Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan, termasuk penyasaran subsidi dan semakan struktur cukai SST, bukan bertujuan menyusahkan rakyat tetapi menyelamatkan negara daripada terus dibebani ketirisan dan pemborosan yang diwarisi sejak dahulu.

“Kita tidak boleh terus hidup dengan subsidi pukal yang turut dinikmati oleh golongan kaya dan warga asing. Itu bukan keadilan. Itu kebocoran.

“Maka, penyesuaian dilakukan supaya bantuan hanya sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Tambah Mahfuz yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, pembangkang khususnya Pas sebaliknya, tiada sebarang pelan ekonomi yang realistik untuk rakyat.

Katanya, di negeri yang dikuasai parti itu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, bekalan air terus menjadi krisis manakala peluang pekerjaan pula terhad.

“Pengurusan dan pembanggunan negeri pun sebahagian di bantu oleh Kerajaan Persekutuan. Tapi mereka mahu tunjuk pandai dalam hal ekonomi negara,” katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau yakin rakyat akan menolak politik jalanan yang cuba digerakkan pembangkang khususnya Pas tersebut, dan tidak akan membiarkan negara dijadikan bahan eksperimen politik sempit dan emosi tanpa fakta.

“Politik bukan sekadar jeritan di jalan raya. Politik adalah keberanian membuat keputusan yang sukar demi masa depan rakyat dan negara,” katanya.

Sebelum ini, Dewan Pemuda Pas mengumumkan akan menganjurkan himpunan aman `Turun Anwar’ pada 26 Julai ini, sebagai satu manifestasi besar rakyat Malaysia yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan  Anwar Ibrahim. – 

WOIT

TERIMA KASIH

MAHFUZ

AMIN

INI CARA MAHFUZ

TOLONG RAKYAT

AMIN

BUAT BERITA

IKLANKAN

TARIKH

AMIN

KALAU TIDAK

RAMAI TAK TAHU

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi tahu elok elok, bukan depa peduli pun, sebab sudah duduk kerusi empuk, sudah kereta Alphard, sudah ada bunyi siren depan belakang, orang tak menang pilihanraya pun jadi terpenting terpengaruh sekarang asalkan kabel jalan kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

baguih lah tolong sebab dia amanah untuk rakyat cuma ketua amanah x x bersuara mungkin sibuk jadi montori agaknya !