Sabtu, 23 Ogos 2025

BULUR DI GAZA



PBB secara rasmi isytihar kebuluran berlaku di Gaza, Israel jadi punca

ROME: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi mengisytiharkan kebuluran berlaku di Semenanjung Gaza.

Pengisytiharan pertama kali seumpamanya itu di rantau di Asia Barat dibuat selepas ramai pakar memberi amaran bahawa 500,000 penduduk Palestin kini berdepan bencana kebuluran.

Penyelaras Bantuan kecemasan PBB, Tom Fletcher dipetik berkata "Ini adalah kebuluran, kebuluran Gaza," selepas panel Pengelasan Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) mengesahkan kebuluran berlaku di Bandar Gaza dan kawasan sekitarnya.

Fletcher menuduh dan menyalahkan Israel sebagai punca kebuluran berlaku kerana melakukan halangan sistematik terhadap penghantaran bantuan ke wilayah Palestin yang dilanda perang itu sejak 7 Oktober 2023.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam laporan disokong PBB itu sebagai pembohongan dan kementerian luarnya menegaskan tiada kebuluran berlaku di Gaza.

Pengumuman kebuluran itu dibuat oleh IPC iaitu gabungan pemantau yang ditugaskan oleh PBB, untuk memberi amaran tentang krisis yang bakal berlaku.

IPC mentakrifkan kebuluran sebagai keadaan apabila 20 peratus isi rumah mengalami kekurangan makanan yang teruk.

Klasifikasi itu juga berdasarkan 30 peratus kanak-kanak bawah usia lima tahun di Gaza mengalami kekurangan zat makanan dan sekurang-kurangnya dua dalam setiap 10,000 orang mati setiap hari akibat kebuluran.

Agensi-agensi PBB telah lama memberi amaran mengenai keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza, khususnya apabila Israel meningkatkan serangan terhadap Hamas.

IPC yang berpusat di Rom berkata lebih setengah juta orang di Semenanjung Gaza menghadapi bencana bercirikan kelaparan, penderitaan dan kematian.

IPC turut menjangkakan kebuluran akan merebak ke Deir el-Balah dan Khan Younis di selatan Gaza menjelang akhir bulan depan, dengan jumlah mereka yang terjejas meningkat kepada 641,000 orang.

IPC menegaskan bahawa ini adalah kali pertama kebuluran disahkan secara rasmi di rantau Asia Barat. – AFP

BULUR SAH

BERLAKU 

DI GAZA

AMIN

NEGARA ARAB

NEGARA ISLAM

HANYA MELIHAT

SAMBIL

GARU TELOR

KHALAS 

Tiada ulasan: