Sabtu, 23 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI 

PAGI INI

SABTU 23 OGOS 2025

ANAK RAFIZI

ANAK RIFIZI – kes  anak Rafizi di cucuk berlaku pada Rabu 13 Ogos – hari ini  23 Ogos – dah 10 hari. Polis kata  siasatan masih berjalan. Bahan kimia yang di cucuk pada anak Rafizi masih di kaji.

PELIK PELIK PELIK – ambil 10 hari untuk kaji apa cecair yang di suntikan pada anak Rafizi. Lama betul- wow !!! jeng jeng jeng – PASAI APA ? Nak hantar ke MAKMAL mana ? jeng jeng jeng.

TALIPON – Numbo talipon yang hantar amaran pada ISTERI Rafizi telah di ketahui pemilik – WARGA ASING – sapa? Bangla ? Indon ? Israel ke ? Jeng Jeng JENG.

RAFIZI terang terang  beri tahu bahawa sebelum SERANGAN berlaku dia ada bertemu ....??? Bertemu pembocor berita.  KES APA? Kes RASUAH di SABAH yang melibatkan Farhash.   

Justeru apa pertalian antara SERANGAN, RASUAH dan FARHASH – jeng jeng jeng ... kita perlu deketeketif  tapi yang ada bukan Mat Bond tapi Mat Belit .. maka berbelit belit kes ini ...kah kah kah.

ARWAH ZARA
Demo masih diteruskan. Di Alor Setar  di Kuantan – di Kota Kinabalu – Ini terbaik. Ini sahih  lagi sah rakyat sudah tahu politik  turun ke jalan raya. TAK TURUN JALAN RAYA akan MATI KATAK. AMIN

GAZA
Satu juta warga Palestin di Gaza dalam kebuluran.  Lembaga Kaji Siasat PBB umumkan  perkara ini. Setanyahu nafi. 

Warga Gaza di arah untuk pindah ke Selatan – Soldadu Zionis Blackrock nak masuk. Tapi warga  Gaza amat lemah tak makan tak ada tenaga untuk bergerak.

INDIA
Arahan untuk hapuskan ANJING LIAR di NEW DELHI di tarik balik. Kini Majlis  di arahkan untuk memandul jantan dan betina agar tak kuat BERANCUK.

UKRAINE
Paip yang membawa  minyak ke  Hungary dan Slovakia dari Rusia di bom oleh Ukraine.

NIGERIA
Seramai  60 orang warga China Merah, seramai 39 warga Filipina di halau dari Nigeria kerana terlibat dalam PENIPUAN INTERNET.

AMERIKA
Trump   kali ini nak naikkan TARIF pada  bahan perabot yang akan masuk ke Amerika.

HOKKIEN
Gua baru berjalan nak ke Hokkien – di tepi  pagar  atas bukit hutan belukar – gua dengar  Murai bercekak. Wow bising amat bising. Entah berapa ekor mereka. Seekor terbang lari masuk ke kawasan rumah sampah Le Chateau.

Bila gua masuk ke Hokkien – Matahari dah keluar. Pagi ini cerah segar basah. Langit biru indah. KL & KL Sentral berkabus. Ujan kemarin.

Tak Tak dan Ezi melintas di tepi Pokok Ara – kali ini tak ada salakan dari Warga Asal. Pagi ini mereka dah berhijrah entah ke mana. 

Seperti biasa Tekukur berlagu dari atas bukit. Yang lain gua tak dengar.

Hari ini akan panas. Dari laporan - musim panas ini akan sampai ke bulan September – wow !

Jap lagi gua nak ke Chow Kit – makanan gua dah. Nak tengok minggu ini buah apa yang melambak di pasar. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU

BRO
Pertempuran yang paling besar ini berperang melawan takut.

BRO
Satukan semua tenaga – serang musuh yang satu. Musuh ke kepada musuh lu ialah kawan lu.

BRO
Bodoh yang paling bangang ialah di pimpin oleh Orang Bodoh. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKAUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI
.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian.. kecik2 dah jadi bahan politik...