Jumaat, 22 Ogos 2025

MENTERI INDON DI TANGKAP



Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia ditahan berkaitan siasatan rasuah, ugutan

JAKARTA: Suruhanjaya Pemberantasan Korupsi Indonesia (KPK) menahan Timbalan Menteri Tenaga Kerja, Immanuel "Noel" Ebenezer, dalam satu operasi berhubung dakwaan ugutan berkaitan pensijilan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (K3), menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Timbalan Pengerusi KPK, Fitroh Rohcahyanto, mengesahkan penahanan tersebut dan berkata siasatan sedang dijalankan berhubung "ugutan terhadap sebuah syarikat berkaitan pemprosesan sijil keselamatan dan kesihatan pekerjaan."

Namun beliau enggan mengulas lanjut, dengan alasan siasatan masih berlangsung.

Ebenezer ditahan bersama 10 individu lain dalam operasi yang dijalankan lewat malam tadi.

Beliau juga menjadi anggota pertama dalam Kabinet Merah Putih Prabowo Subianto yang ditahan agensi rasuah itu.

Prabowo, yang mengangkat sumpah sebagai Presiden pada Oktober lalu, juga serius berkempen menentang rasuah di dalam dan luar pentadbiran kerajaannya.

Mengikut bawah undang-undang Indonesia, KPK mempunyai tempoh 24 jam untuk menyoal siasat semua suspek sebelum menentukan status undang-undang mereka, yang akan diumumkan dalam satu sidang media rasmi.

Penahanan ini adalah operasi kelima oleh KPK sepanjang tahun ini. - AGENSI

MAKNANYA

DAULAH 

TERPENDAM 

TIDAK SUKA

DENGAN 

PRABOWO

KHALAS 

Tiada ulasan: