Jumaat, 22 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 22 OGOS 2025

PRN SABAH


BILA PRN SABAH?
Jeng jeng jeng ... nampaknya akan di tangguh.  Dari  Haji Desas anak Lebai Desus dikhabarkan bulan sepan – September – Dewan Rakyat akan bubar. Tapi Haji Desas Desus juga mengatakan akan di tangguh.

Ha ha ha ... Rakyat Sabah marah BUKAN HANYA KERANA ZARA MATI ... bukan bukan bukan. Sebelum ini ada beberapa lagi kes yang menaikkan hati kemarahan warga Sabah.

DUIT BERTIMBUN – duit tersusun bertimbun ... dikata dari Hong Kong. Tak tahu hujung pangkal. Sampai hari ini TIDAK ADA  sapa yang di dapati bersalah.

AIR UNIVERSITI SABAH – jeng jeng jeng – ini es permulaan gerakan siswa dan anak muda Sabah. Sabah negeri terkaya dalam Malaysia kini jadi negeri TEBANGKAI kah kah kah. 

Pasai apa air tak ada dalam kampus? Jeng jeng jeng adalah ini projek untuk mengajar anak muda pelajar mahasiswa turun ke jalan. Terbaik sekali.

TYT – Pencuri besar bernama MUSA AMAN dijadikan TYT .. ini satu projek bijak untuk menjadikan anak muda dan semua warga Sabah bangun ke jalan raya.

MALAYISIA KINI pulak dapat maklumat RASUAH – ada rakaman video – tapi yang di tahan BUKAN kaki rasuah tapi MALAYSAI KINI... jeng jeng jeng...

TUP TUP muncul berita Farhash dapat tanah beratus ribu ekar. Jeng jeng jeng .. Marah marah marah

MAKA ZARA MENINGGAL DUNIA –  Semua kemarahan terkumpul maka rakyat Sabah keluar ke jalan raya. DEMO JADI BUDAYA – sosok paling GUMBIRA ialah HISHAMUDDIAN RAIS -  yang mengajukan jalan raya sebagai budaya  politik negara.

DEMO  MEREBAK.. jeng jeng jeng bukan hanya ke Kuala Lumpur ke Alor Setar ke Kelantan malah – di Patani juga rakyat berhimpun.  DEMO DAH JADI BUDAYA KITA -  AL-FATIHAH UNTUK ZARA – AMIN.

ISRAEL
Setanyahu tidak ambil pot tentang gencatan senjata. Setanyahu setuju tawanan di bebas tapi amsih mahu menghapus HAMAS dan menawan seluruh Gaza.

RUSIA
Secara resmi Rusia menolak kemasukan  soldadu dari negara luar yang dikatakan untuk menjamin keselamatan Ukraine.

AMERIKA
Seramai 55 juta visa masih belum menentu. Ini adalah visa yang pemegangnya sudah berada dalam Amerika. Ini kempen Trump untuk bersihkan Amerika dari pendatang haram.

ITALI
Polis Itali tangkap  jantan Ukraine yang di syaki  dalam kes meledakkan paip  laluan minyak NORD STREM  dari Rusia ke German. Ledakan ini berlaku tahun 2022.

INDONESIA
Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia Noel Ebenezer ditangkap. Tuduhan kes rasuah dan membuat ugutan.

KOREA UTARA
Laporan dari Amerika mengumumkan bahawa Korea Utara ada memilik Pangkalan Askar Rahsia. Ini menurut Amerika akan awa bahaya ke pada Asia.

HOKKIEN
Pagi ini cerah basah segar. Matahari bersinar indah. Langit biru terbentang. KL & KL Sentral berkabus ujan kemarin.

Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi. Dari jauh gua dengar Gak  Gak Gak – jauh dan sayu.   Di atas bukit depan Pokok Ara Tekukur berlagu. Dalal gaung di belakang Pokok Ara murai berkicau. Indah pagi ini.   Suara salakan Warga Asal juga menjadi Hokkien hidup.

Hari ini akan panas. Gua harap Hujan Rahmat akan sampai. Agar malam hujung minggu menjadi sejuk dan nyaman.

BRO
SENYUM
KITA SAMBU JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

BRO
Bila orang bodoh berbicara lu jangan jawab. Jawapan terbaik ialah lu diam saja.

BRO
Sosok bijak dan sosok bodoh tidak ada bezanya ketika berancuk.

BRO
Jika ada sesiapa bicara mengutuk lu biarkan. Kerana ini maknanya lu hebat jika tidak kenapa mereka buang masa berbicara tentang lu. AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG 

SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: