Jumaat, 22 Ogos 2025

MINAH MESIN BASUH




Guru mengaku tidak bersalah sebar hantaran palsu berkaitan kes Zara Qairina

SEPANG – Seorang guru Bahasa Inggeris, Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebarkan hantaran palsu di aplikasi TikTok berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, awal bulan ini.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut kertas pertuduhan, Siti Hajar didakwa memuat naik kenyataan melalui akaun TikTok miliknya dengan nama pengguna SHA Abrienda di pautan @btsarmyshas07 pada 6 Ogos lalu kira-kira jam 1.20 petang.

Hantaran itu kemudian dilihat dan didengar seorang anggota polis, Wong Yew Zhung, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sepang, yang boleh menimbulkan kegentaran awam serta mendorong orang lain melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kesalahan itu dikemukakan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam Zaiful Bahrain yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan minimum dikenakan dengan alasan anak guamnya berkhidmat sebagai guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, wanita berkenaan yang berpendapatan kira-kira RM5,000 sebulan mempunyai tanggungan lima orang termasuk tiga anak yang masih bersekolah serta ibu bapanya yang uzur.

“OKT (orang kena tuduh) tidak pernah dituduh sebelum ini, menyerah diri kepada polis dan hadir sendiri ke mahkamah. Maka tiada risiko beliau melarikan diri,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd Izhar memohon mahkamah mengenakan jaminan bersesuaian dengan mengambil kira sifat kesalahan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh sebutan semula kes pula ditetapkan pada 9 Oktober depan.

Sementara itu, polis sebelum ini membuka 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu mengenai kematian pelajar tingkatan satu itu, termasuk dakwaan bahawa mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Pada 13 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, memaklumkan seorang wanita berusia 39 tahun turut ditahan di Rawang kerana dipercayai menyebarkan maklumat palsu berhubung kes tersebut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Malah, Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail, turut mendedahkan bahawa guru terbabit mengakui hantaran TikTok yang mendakwa Zara Qairina mati dimasukkan ke dalam mesin basuh hanyalah sekadar “content”. –

WOIT

 MINAH INI BUKA

 CERITA APA 

DALAM TIK TOK?

AMIN

SEMUA NAK TAHU

APA JADI DENGAN

MINAH YANG BUAT

SEBAR CERITA 

MESIN BASUH

KAH KAH KAH

APAKAH INI

MINAH YANG 

SAMA ?

 ATAU TUNGGU

9 OKTOBER

KHALAS

Tiada ulasan: