PAGI INI
PAGI INI
SENIN 18 OGOS 2025
JALUR TEMBERANG
JALUR TEMBERANG
Malaysia beri bendera ini nama Jalur Gemilang – Tapi sebenarnya ini adalah JALUR TEMBERANG. MALAYSIA klim ini bendera negara ini kah kah kah. Tapi ramai buat-buat tak tahu buat buat tak sedar bahawa bendera ini CIPLAK dari bendera AMERIKA – justeru namanya JALUR TEMBERANG kah kah kah.
Dah lama sangat bertemberang kah kah kah.
Kerana itu saban tahun bila bulan Ogos sampai akan ada temberang heboh kah kah kah. Ada TEMBERANG terbalik. Ada Temberang kontot. Ada Temberang koyak dan macam-macam – ini sifat Temberang yang akan terus bertemberang – kah kah kah.
Tahun depan BULAN OGOS sekali lagi TEMBERANG akan heboh kah kah kah. Masa akan sampai bila. Kita semua akan MENUKAR Jalur Temberang,
BENDERA RAKYAT ialah SANG SAKA bukan JALUR TEMBERANG. Amin.
KES ANAK RAFIZI
Dah nak masuk satu minggu – apa cerita? Apa perkembangan ? No talipon sapa punya ? Dah jumpa tuan talipon atau belum? Mat Bangla punya ? Mat Indon Punya? Sapa sapa sapa ? Jeng jeng jeng.
KES MATI KATAK
Wow.... makin banyak kes MATI KATAK terbongkar. Terima kasih kita kepada ARWAH ZARA. Terima kasih dar kita di Semenanjung kepada semua warga SABAH yang turun ke jalan raya.
Terima kasih kita kepada WARGA MAYA yang tak putus-putus berlabun macam-macam labun - ada benar ada aji-no m oto – Tapi yang penting KES ZARA terus menjadi heboh.
GUA PALING GUMBIRA – kerana dulu gua selalu melawan Madey yang gua panggil Mahafiraun. Madey kata DEMO BUKAN BUDAYA KITA – Gua terus lawan dan kini terbukti DEMO ADALAH BUDAYA KITA – tanpa DEMO kes Mati Katak akan tenggelam.
Hanya DEMO ZARA yang membuka kembali banyak kes MATI KATAK.
GUA RASA satu demo diseluruh bandar dan pekan di Malaysia wajib di susun – agenda : Kita boleh bincang. Amin
AMERIKA
Senin ini Presiden Ukraine akan jumpa Trump di Rumah Putih. Ini kes nak tamatkan perang di Ukraine. Zelensky akan datang bersama 7 pemimpin Eropah – dari Uk, dari France , dari German, dari Itali. Bulan Februari dulu Zelensky kena tibai oleh Trump kah kah kah Kali ini bawa geng kah kah kah. Trump nak tamatkan perang. Eropah nak terus kan perang.
ISRAEL
Ribu-ribu turun berdemo di Tel Aviv. Demo di susun oleh keluarga tawanan. Demo menuntut tamatkan perang. Bebaskan tawanan.
CANADA
Hutan terbakar berterusan. Beribu hektar telah terbakar. Kering yang panas. Hujan tidak kelihatan. Tempat yang tidak pernah terbakar kini terbakar.
ISRAEL
Yaman dibom. Zionis Israel meledakkan infrastruktur – jalan , jana leterik di Yaman. Ini strategi untuk melemahkan semangat juang Yaman.
SINGAPURA
Negara ini anggap Vape dan rokok elektronik sama setaraf dengan dadah.
FLIPINA
Australia dan Filipina mula melakukan latihan tentera terbesar berhampiran dengan Lautan Sunda.
HOKKIEN
Pagi ini langit pucat. Hokkien berkabus nipis. KL & KL Sentral juga berkabus nipis. Matahari belum dilihat. Kemarin ujan tak jadi.
Sepasang Tekukur mencari makan di atas jalan. Bila gua hampir mereka terbang. Tekukur berjalan berpasang-pasang. Dalam sawah rumput Tiong bersuara.
Dari wilayah Kwantung gua dengar mercun meledak. Pasti ada sembahyang kubur pagi ini.
Hari ini akan panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM KITA SAMBUT
SENIN YANG INDAH
BRO
Lu jangan termenung. Lu jangan susah hati. Lu wajib bercinta lagi.
BRO
Cinta ini satu jiwa dalam dua tubuh atas satu bantal dalam satu kelambu.
BRO
Cinta tidak ada di jual di KL Sentral. Tapi lu boleh dapat cinta jika lu cari dalam laman chat Internet. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA


1 ulasan:
bendera merah putih juga meniru belanda.. hanya buang biru dah jadi merah putih.. kah kah kah
Catat Ulasan