Penerangan Kerajaan Madani Lemah, Menteri Komunikasi Lemah, Kata Hanipa Maidin
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 25 – Bekas Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyifatkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil terlalu lemah hingga menjadikan komunikasi kerajaan perpaduan tidak teratur.
Hanipa ketika mengulas prestasi kerajaan Madani berkata, keraajaan dilihat lemah dari segi komunikasi dan gagal mengemukakan naratif yang meyakinkan rakyat.
“Yang saya nampak, kerajaan nampak lemah dari segi komunikasi, maksud saya banyak isu, pembangkang main (isu), nampaknya pihak kerajaan gagal kemukakan naratif yang meyakinkan rakyat.
“Terlalu banyak isu nampak kerajaan tak kuasai naratif. Bermakna, naratif pembangkang nampak menguasai masyarakat. Katanya kepada politiko.my
Menurutnya, ketika ini isu utama adalah mengenai kos sara hidup, tetapi kerajaan bagaimana pun dilihat tidak mampu mengurus keadaan ini.
“Saya nampak isi utama sekarang khususnya rakyat, terbeban kos sara hidup. Saya naik grab ke apa rakyat bawahan jumpa saya ingatkan saya MP, perkara mereka sering adu alah kos sara hidup.
“Bagi rakyat, mereka dalam keadaan tertekan dari ekonomi. Saya tanya peniaga mereka komplen benda sama. Saya tak pasti apa kerajaan nak buat, tapi kalau mereka buat pun masyarakat tak sampai, Katanya.
Hanipa yang juga mantan Timbalan Menteri berkata, kerajaan ketika ini harus menangkis semua ini namun aspek penerangan terlalu lemah.
“Fahmi ini macam tak mampu. Tak nampak peranan dia. Nampak peranan dia terlalu macam air permukaan tidak mendalam.
“Rakyat nampak seolah-olah tidak ada penerangan. Ujarnya. @politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan