Rabu, 6 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 6 OGOS 2025

PAGI INI 80 TAHUN DULU


PAGI INI 80 TAHUN DULU
Pada pagi ini  PUKUL 8.15  6 Ogos 1945 bom Nuklear meledak di Hiroshima. Tiga hari kemudian bom nuklear meledak di Nagasaki. Seminggu kemudian Jepun mengaku kalah. Perang Dunia Ke Dua di Asia tamat.

Ratus ribu warga dari dua kota ini hangus mati. Yang tidak hangus  mati merana  diserang oleh radio aktif yang pada masa itu masih TIDAK di ketahui hujung pangkal.

HARI INI umat manusia  masih  BELUM SEDAR akan bahaya senjata bom nuklear ini. Hari ini 9 negara memiliki BOM NUKLEAR : Amerika, Rusia, China, Israel, UK,  France, India , Pakistan dan Korea Utara.

Pada hari ini  dari data risikan  terdapat 13,000 bom nuklear dari pelbagai jenis. Rusia pemilik utama 5,500 butir bom. Amerika memiliki 5,277 butir. Dua negara ini memiliki 88% dari jumlah bom nuklear.

PAGI TADI seperti setiap tahun  di Hiroshima  ada Hari Mengingati  6 Ogos. Hari ini di umumkan  sebagai HARI DAMAI – hari menolak senjata nuklear. Hari di mana umat manusia wajib ingat bahawa senjata pemusnah ini  bukan hanya akan meledak musuh tetapi akan meledakkan BUMI KITA INI.

HARI INI : Kita umat BUMI MANUSIA  ini makin dekat dengan PERANG NUKLEAR. Minggu lalu Presiden Trump telah mengarahkan 2 kapal selam yang  memiliki senjata nuklear untuk merapati Rusia. 

HARI INI – Perang di Ukraine berterusan – apakah senjata NUKLERA kan di gunakan?

HARI INI – Perang Gaza berterusan – apakah senjata nuklear akan di gunakan ?

Apakah kita – UMAT MANUSIA – tidak belajar  dan melihat apa yang telah berlaku 80 tahun dahulu ? Apakah kita tidak sedar bahawa bumi kita ini sedang terancam. Musuh BUMI MANUSIA ini ialah kita – MANUSIA sendiri.  Kitalah yang angkuh dengan kuasa, yang bangga dengan kekuatan yang megah dengan kekayaan – tapi TIDAK menyedari bahawa kita jugalah pemusnah alam ini. AMIN

ISREAL
Setanyahu arah soldadu Israel untuk terus menjalankan operasi untuk mengambil semua wilayah Gaza.

INDIA
Banjir Kilat berlaku  - hujan  monsun – sampai 100 di laporkan hilang hanyut. Ini berlaku di Utara India.

INDONESIA
Gunung berapi Lewotolok di Nusa Tenggara Timur  meletup sebanyak 27 kali. Meletus setinggi 1.423 meter.

FRANCE
Hutan terbakar di wilayah selatan. Lebih dari 8,000 hektar hutan musnah.

BANGLADESH
Di umumkan Pilihan Raya Umum akan di adakan pada bulan Februari  2026 tahun depan.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Langit  di sebelah Shah Alam  biru berawan putih. Arah Sungai Besi agak kelam. KL & KL berkabus . Hujan petang kemarin bawa kabus.

Suara tiga Abang Potong Rumput  mendominasi Hokkien. Ini di tambah pula dengan suara salakan Warga Asli yang marah bila kami melintas wilayah mereka.

Hari ini akan panas. Mungkin petang akan hujan. Petang kemarin guruh berdentam dentum – hujan sampai agak lebat tapi tak lama.

Ini HUJAN RAHMAT bawa  sejuk. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
HARI RABU

BRO
Hanya yang mati melihat akhir perang.

BRO
Perang ialah tanda kegagalan  manusia sebagai binatang yang boleh berfikir.

BRO
Perang untuk menamatkan kekerasan  akan melahirkan kekerasan baru. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENGINGATI
HARI BOM ATOM 
MELEDAK DI HIROSHIMA

Tiada ulasan: