Rabu, 6 Ogos 2025

PANAS SAMPAI - WAJIB BERSEDIA



6 kawasan di Malaysia catat suhu terpanas ekoran Monsun Barat Daya


SUBANG – Enam kawasan kini mencatatkan suhu tertinggi dalam tempoh tiga hari berturut-turut sehingga semalam ekoran cuaca panas berpanjangan sejak Monsun Barat Daya melanda negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara lokasi utama terjejas teruk melibatkan tiga daerah di Semenanjung dan tiga lagi di daerah Sabah serta Sarawak.

“Terdapat tiga daerah utama yang sedang mencatatkan suhu terpanas selama tiga hari berturut-turut iaitu Bandar Baru di Kedah, Selama (Perak), Temerloh (Pahang).

“Manakala di Sarawak berlaku kepanasan luar biasa di Limbang sementara di Tenom dan Pitas, Sabah. Kepanasan agak luar biasa ini daripada 35 hingga mencapai 37 darjah celsius,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, beliau menyertai Operasi Pembenihan Awan (OPA) dengan menaiki sebuah pesawat milik TUDM jenis C-130 Herculas  jam 11.30 pagi tadi di Pangkalan Udara TUDM Subang.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, kerajaan sentiasa bersiap siaga berdepan cuaca panas melampau termasuk pemantauan berterusan semua agensi terlibat di seluruh negara terutama di sekitar kawasan tadahan air dan pertanian sehingga fenomena ini berakhir pada pertengahan Oktober.

“Kita akan memantau melalui MET Malaysia, jika kawasan berkenaan memerlukan pembenihan awan tapi lebih penting kawasan tadahan air keperluan domestik dan industri serta pertanian jadi keutamaan kami.

“Setakat ini hanya Perak sahaja yang memohon untuk operasi ini dan berdasarkan operasi ini bukan hanya permohonan tapi keperluan setelah pemantauan dilakukan di lapangan kerana kami ada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

“Kami mempunyai sambungan terus dengan Pusat Operasi Nadma, tanpa diminta pertolongan pun kami akan ambil langkah proaktif pembenihan awan setelah suasana kriitikal iaitu paras empangan air 30 peratus kebawah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menambah, lebih 3,300 telaga tiub juga telah disediakan bagi kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di seluruh negara.

“Kekurangan hujan dan peningkatan suhu panas, apa yang kita sedang lakukan bagi mengelakkan kebakaran terutama di kawasan tanah gambut.

“Kini terdapat 3,300 telaga tiub telah sedia ada, saya telah arahkan JBPM sendiri membersihkan dan melakukan operasi jika diperlukan bagi mengelakkan kebakaran hutan bila panas melampau berlaku.

“Telaga tiub ini telah disediakan sejak berapa lama, apabila berlaku Monsun Barat Daya, tindakan pengoperasian itu dilakukan dengan segera di peringkat daerah ,”ujarnya lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti di luar rumah terutama di kawasan yang mencatatkan kepanasan melampau.  – 


PANAS SAMPAI

HUTAN BOLEH

TERBAKAR

AMIN

KITA WAJIB

HATI HATI

AMIN

IKLIM BUMI

MAKIN BERUBAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masih belum ada cerita terhot ternow di tukar tiub.. saksi guan eng kena pukul.. jangan jadi hero katanya..