Polis terima tiga laporan Himpunan Solidariti 'Justice For Zara' di Tawau
ADS
Polis menerima tiga laporan berkaitan Himpunan Solidariti Justice for Zara di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di Tawau kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata kesemua laporan itu diterima semalam berhubung seorang individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah.
“Kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan telah dibuka. Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di Tawau semalam.
Beliau berkata berikutan itu polis sedang mengesan seorang wanita dan beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.
“Siasatan akan dijalankan secara telus dan mengikut prosedur biasa, kita mahu ambil keterangan,” katanya.
Hari ini tular di media sosial klip video ucapan dan laungan berunsur hasutan dipercayai berlaku pada perhimpunan berkenaan.- Bernama
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873
Tiada ulasan:
Catat Ulasan