PAGI INI
PAGI INI
SELASA 2 SEPTEMBER 2025
INDONESIA BERGOLAK
DEMO DI TERUSKAN
Kelmarin berita dari Sabah sampai – wow – Himpunan Zara lebih besar dari Himpunan 31 0gos Jalur Temberang kah kah kah. Ini petanda baik. Ini contoh terbaik. Ini tanda bahawa rakyat sedang muak dengan Kerajaan Sabah yang wujud hari ini.
Amat jelas jika PRN di adakan pada ketika ini Parti Warisan akan sapu bersih – malah Shafie Afdal akan menjadi Ketua Menteri Sabah. Khalas.
Apa yang kita mahu ialah ombak Zara di Sabah ini akan melimpah ke Semenanjung. Zara wajib terus di jadikan PELURU untuk menghasut orang ramai untuk benci kepada Madafaka dan Madani.
Dalam masa yang sama agenda URA dan Jemputan Trump ke Kuala Lumpur. Dua perkara ini wajib di jadikan umpan dan peluru untuk menghasut orang ramai untuk membenci Madafaka dan Madani.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. Tiga perkara ini peluang besar datang untuk rakyat mula bergerak sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda dan siswa pelajar di Indonesia.
JENERAL PRABOWO DILAWAN
Wow- baik sekali keadaan di Indonesia. Kita wajib beri perhatian yang rapi. Ini tanda -tanda bahawa Jeneral Prabowo sedang di hambat oleh rakyat – SELURUH Indonesia sedang bangun melawan Jeneral ini.
Jeneral Prabowo sendang menyamar – ramai lupa JENERAL PRABOWO ialah MENANTU JENERAL SUHARTO – dia juga Jeneral yang buat banyak jenayah di zaman Suharto. Kini buang baju askar – tapi sebenarnya mahu bawa kembali TENTERA masuk menjadi kerajaan Indonesia.
Negara di ASEAN makin bergolak – di SIAM - Minah PM Siam di terajang. Kini di wujudkan kerajaan sementara. Mungkin ada PM baru atau ada Pilihan Raya?
Di MYANMAR – China Merah terus membekal senjata kepada Junta Tentera yang berkuasa. Banyak kumpulan gerila sedang berperang melawan Junta Tentera.
Di MALAYSIA – Kerajaan Madafaka sedang diserang. Ribuan warga baru selesai berpolitik di Jalan Raya – Rakyat mahu humbankan Madafaka. AMIN
AFGHANISATAN
Gempa bumi besar di wilayah Jalalabad – lebih 800 nyawa hilang. Ini gempa bumi yang besar. Bantuan sampai dan angka kematian makin bertambah.
AUSTRALIA
Joe Bugner ahli Tinju yang datang ke Malaysia tahun 1976 untuk lawan Muhamad Ali meninggal dunia di Brisbane.
GAZA
Flotila kapal bantuan yang nak menerbus masuk ke Gaza - pulang kembali ke Barcelona. Ini kerana ombak besar.
ISREAL
Penggalian sedang berjalan di bawah tapak masjid Al-Aqsa. Tujuan apa? Mungkin persediaan untuk membina kembali temapt suci agama Yahudi.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk. Kemarin hujan. Jalan basah. Matahari tidak kelihatan. Langit kelam pucat. KL & KL Sentral cerah – hujan dan angin kuat sapu jerebu kota.
Seperti biasa Tekukur berlagu dari atas bukit. Bila melintas depan Pokok Ara – Warga Asli datang – mereka marah Tak Tak dan Ezi masuk wilayah mereka. Mereka berdiri di tengah jalan - macam Taiko. Bila gua sampai mereka berundur.
Gua ternampak ada 3 ekor anak kecil – warna putih. Agak kurus. Esok gua nak tinggalkan makanan. Nasib baik boleh jadi kawan Tak Tak dan Ezi.
Hari ini akan panas. Jika Hujan Rahmat sampai – maka malam ini akan santai -Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA
BRO
Kawan yang baik – kawan yang tulen bukan yang selalu enjoi dengan lu tapi yang datang merapati lu ketika lu gagal.
BRO
Lu wajib ada kawan. Jika lu tersangkut pasti ada lebih dari satu kepala untuk berfikir.
BRO
Lawati dan bertemu selalu dengan kawan-kawan. Sekali sekala buka sebotol anggur merah untuk sama-sama gumbira. AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan