Jumaat, 26 September 2025

KES BULI MEREBAK



Lagi Kes Buli, Pelajar Digantung Pengajian Kerana Membuli


KUALA LUMPUR, 26 Sep 25 — Lagi kes ada pelajar digantung pengajian selama seminggu selepas terbabit dalam insiden buli yang tular di media sosial baru-baru ini.

Selain penggantungan, elaun bulanan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri itu turut dihentikan serta-merta, manakala syarat tambahan dikenakan termasuk melaksanakan kerja amal, melapor diri kepada pegawai disiplin secara berkala, serta larangan keluar kampus selama sebulan.

Mangsa dan pelajar yang terlibat juga diwajibkan menghadiri sesi kaunseling untuk pemulihan emosi dan tingkah laku.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataannya berkata, keputusan diambil oleh Lembaga Tatatertib IKBN Miri selepas mesyuarat khas semalam. KBS menegaskan bahawa perlakuan sedemikian tetap dikategorikan sebagai buli walaupun dianggap ‘gurauan’ oleh pihak tertentu.

Hasil pemeriksaan perubatan menunjukkan mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal, namun mengalami tekanan emosi.

IKBN Miri akan memperketat pemantauan disiplin pelajar melalui Unit Hal Ehwal Pelajar, selain menganjurkan ceramah anti-buli, memperluas peti aduan, dan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia di Miri bagi mencegah kejadian berulang. @politiko.my

WOIT

KES BULI

MAKIN MEREBAK

AMIN

DI ASRAMA

SENIOR BULI

AMIN

DALAM  KAMPUNG

KERAJAAN 

MADAFAKA BULI

AMINI

 RAKAY DIBULI

PEMAJU DISANTUNI

KHALAS

Tiada ulasan: