Malaysia menanti kehadiran Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN
KUALA LUMPUR – Malaysia menantikan kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, sidang berkenaan akan menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Sebelum itu, Anwar berbual dengan Trump melalui panggilan telefon.
Perbualan telefon itu berlangsung ketika Anwar menerima kunjungan hormat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer yang kini berada di Malaysia sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan.
“Dalam perbualan telefon bersama Presiden Donald Trump sebentar tadi, saya tegaskan komitmen Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan keamanan serantau khususnya terkait isu Kemboja–Thailand.
“Presiden Trump mengiktiraf kejayaan Malaysia memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai pencapaian besar yang memperlihatkan kewibawaan Malaysia dan keteguhan ASEAN.
“Saya turut sampaikan penghargaan kepada beliau atas peranan yang dimainkan oleh AS dalam memastikan gencatan senjata tersebut tercapai,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan