PAGI INI
PAGI INI
26 SEPTEMBER 2025
PRN SABAH
INKUES ARWAH ZARA
Inkues masih berjalan. Ada cerita baru sedang di atur. Cerita amat mudah. Arwah Zara ini kleptomania – suka mencuri – maka semua pelajar - senior dan Junior tahu perangai Zara.
Barang hilang – pasti Zara –Maka kes 300 ringgit duit hilang muncul. Ini untuk membuktikan Zara kaki curi.
Kemudian para senior panggil Zara – tekan tekan tekan – jeng jeng jeng.. Zara lari .. lari ke mana ..... jeng jeng jeng...menyorok bawah katil !!!
PRN SABAH
Isu Zara telah menyatukan rakyat sabah – Sabah Timur dan Sabah Barat kini bersatu isu Zara – ini amat bahaya untuk Madafaka.
Tambah pula kes rasuah – Tambah pula kes Farhash rembat tanah. Tambah pula kes Musa Aman kaki rasuah. Tambah pula kes leterik selalu putus. Tambah pula kes kampus tak ada air
JENG JENG JENG – bila PRN SABAH adakan maka kerajaan Madafaka akan kalah. JUSTERU PRN SABAH yang seharusnya di buat November akan bawa berita malang pada Madafaka.
Justeru PRU 16 akan di umum sama dengan PRN Sabah – ini untuk selamatkan Madafaka – kalau PRN satu satu – lepas Sabah Melaka lepas Melaka Johor maka MADAFAKA PASTI LUNGKUP. Amin
AMERIKA
James Comey bekas Pengarah FBI di dakwa. Dia ini musuh Trump. Apa dakwaan belum pasti.
FRANCE
Sarkozy bekas Presiden Peranchis – di dapati bersalah – kes rasuah. Penjara 5 tahun. Dia sedang merayu.
PALESTIN
Pembelot Mahmud Abbas – yang klim sebagai PM Palestin berkata Hamas tidak ada peranan dalam negara Palestin. Dan senjata HAMAS akan di lucutkan.
AMERIKA
Trump buat lawak lagi. Kali ini Trump kata ekonomi Rusia sedang runtuh.
FILPINA
Ribut taufan melanggar Filipina. Sekolah di tutup. Semua penerbangan di batal.
SIAM
Anutin PM baru Siam angkat sumpah. Janji akan buat PRU akhir Januari.
Pagi ini cerah sejuk segar. Langit berawan putih. Matahari bercahaya lemah. KL & KL Sentral berkabus nipis. Kemarin renyai renyai bawa kabus.
Sebuah pesawat melintas – hanya bunyi gua dengar.
Depan Pokok Ara – Puppy Kuning datang berlari – hanya mereka berdua – hari ini Emak Abah tak ada – satu mahu bermain dengan Tak Tak tapi Tak Tak tak layan. Ezi hanya memerhati dari jalan.
Di tepi jalan satu rombongan lebih 100 ekor Pipit terbang berpusing pusing – menjemput yang lain – menjadikan lebih ramai. Kemudian menjunam ke sawah rumput. Wow ! Wayang terindah pagi ini. Menjadikan gua gumbira.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT
BRO
Terus berusaha. Itu janji lu pada diri lu.
BRO
Lu kalau janji wajib di tepati. Jika tidak lu jadi Madafaka.
BRO
Lu juga mesti berani kata TIDAK – jangan tabur janji. Jika tak larat mengaku tak larat. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT


Tiada ulasan:
Catat Ulasan