Ahad, 21 September 2025

MAHARAJA MAHU HARTA DI KEBALIKAN


Trump mahu Afghanistan pulangkan Pangkalan Bagram kepada AS segera


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau mengharapkan pihak berkuasa Afghanistan segera menyerahkan semula Pangkalan Udara Bagram di bawah kawalan negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Sebelum ini, Trump memberi amaran akan berlaku "perkara buruk" sekiranya Afghanistan enggan menyerahkan semula Bagram kepada kawalan AS.

"Kita tidak akan bercakap tentang itu, tetapi sekarang kita sedang berbincang dengan Afghanistan dan kita mahu ia dikembalikan.

"Kita mahu ia dikembalikan segera dengan serta-merta dan jika mereka tidak lakukannya, anda akan tahu apa yang akan saya lakukan," kata presiden itu kepada pemberita pada satu acara di Virginia.

Dalam perkembangan berasingan, Trump berkata beliau berhasrat bertemu dengan pemimpin 20 negara pada minggu peringkat tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

"Saya akan bertemu dengan ramai pemimpin di PBB. Mereka mahu berjumpa, mungkin 20," kata presiden itu kepada pemberita.

Sesi ke-80 UNGA bermula pada 9 September lalu.

Seperti kebiasaan, minggu peringkat tinggi akan diadakan dalam rangka sesi berkenaan, dengan perbahasan umum dijadualkan pada 23 hingga 27 September serta pada 29 September.

Russia akan diwakili oleh Menteri Luar, Sergey Lavrov.- BERNAMA-SPUTNIK/RIA Novosti

WOIT

BAIK SEKALI

TRUMP KACAU

TALIBAN

KAH KAH KAH

TAK ADA BEBAN

ACRI BEBAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: