Ahad, 21 September 2025

PRN SABAH




Hajiji: DUN Sabah Dibubar Sebelum 11 November, PRN17 Penentu Masa Depan Negeri


KUALA LUMPUR, 21 Sep 25 – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan sebelum 11 November ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, kata Ketua Menteri  Hajiji Noor.

Menurut beliau, pembubaran perlu dibuat kerana penggal DUN kini berada di penghujung, sekali gus tidak boleh dielakkan.

“Kita tiada pilihan sebab tempoh DUN terbubar sendiri pada November ini. Jadi, (pembubaran) mesti kita buat sebelum itu,” katanya selepas Majlis Penutupan Konvensyen Mahasiswa Sabah di Penampang, hari ini.

Bagaimanapun, Hajiji tidak menyatakan sama ada pembubaran itu akan berlaku pada Oktober atau awal November.

Beliau turut menolak andaian kononnya pembubaran akan bergantung kepada ramalan cuaca MetMalaysia, yang menjangka musim hujan pada Oktober.

“Memang tidak lama lagi (DUN dibubarkan), sabarlah. Kalau cuaca terang, kita bubar… tunggu cuaca baik nanti,” katanya secara berseloroh.

Dalam ucapannya, Hajiji menegaskan PRN17 sangat penting kerana ia akan menentukan kesinambungan pembangunan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kerajaan GRS telah membuktikan rekod pencapaian dalam pendidikan, ekonomi, kebajikan, pelaburan dan pengurusan hasil negeri. Buatlah pilihan terbaik demi kesinambungan pembangunan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mengulangi kesilapan lalu yang menyebabkan pembangunan negeri terbantut akibat dasar lemah serta projek terbengkalai.

“PRN kali ini adalah peluang keemasan untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat, dan paling penting, kerajaan yang didominasi parti tempatan,” tegasnya. @politiko.my

APAKAH SABAH

SENDIRIAN

ATAU PRU16

 DATANG SAMA

AMIN

JIKA SENDIRIAN

SABAH KALAH

MAKA PRU16

BAIK UNTUK

RAKYAT

KHALAS

Tiada ulasan: