Ahad, 21 September 2025


Nikah dalam gelap


KUALA LUMPUR: Sepasang pengantin melalui pengalaman tidak dapat dilupakan apabila majlis akad nikah mereka di Kuala Krai, Kelantan, berlangsung dalam suasana gelap susulan gangguan bekalan elektrik di kampung berkenaan.

Menerusi rakaman video dikongsi pengguna TikTok, Myzahs, berkata majlis tetap diteruskan di surau kampung berkenaan dengan bantuan tetamu yang menyalakan lampu suluh telefon bimbit masing-masing sepanjang majlis itu berlangsung.

Katanya, selepas selesai akad nikah, pihaknya turut menyalakan lilin kepada tetamu untuk menikmati hidangan sekali gus memberikan suasana romantik dan unik.

"Pertama kali jadi macam ni, memang mengejutkan. Sekurang-kurangnya mereka ada cerita untuk dikongsi dengan anak-anak nanti," menurut video berkenaan.

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet dan ada daripadanya turut berkongsi kejadian yang sama menimpa majlis pernikahan mereka.

Ada juga yang menyifatkan kejadian itu akan menjadi kenangan paling manis yang akan dikenang oleh seluruh penduduk kampung.

Bagi pengguna media sosial, Syafiqah merasakan kejadian seumpama itu sangat menarik dan lain daripada yang lain.

Sementara pengguna dengan nama Cikmong berkata selalunya makan makan romantis atau 'candle light dinner' hanya dilakukan berdua bersama pasangan, tetapi kali ini ia turut disertai satu kampung.

Sehingga kini video itu sudah ditonton lebih 254,000 dan menerima sebanyak 28,300 tanda suka.


KAH KAH KAH

GELAP DATANG

AWAL

KAH KAH KAH

LEPAS NIKAH

GELAP DIALUKAN

KAH KAH KAH

TAK PERLU CAHAYA

UNTUK ENAM

SEMBILAN

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: