Selasa, 9 September 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 9 SEPTEMBER 2025

EKONOMI ?


RON BILA ?
Kita dah masuk bulan September – dulu Madanon kata minyak Ron95 akan turun harga pada bulan September. Ni dah masuk minggu ke dua bila? Bila ? bila ?   ... kah kah kah – saje tanya nak bagi tekanan -  nak busuk rekod   Madanon.

Rakyat  akan gumbira tunggang langgang  bila Ron95 turun 1 ringgit – baru cun – kalau 2  atau 3 atau 5 atau 6 sen – ini puki mak  saje kata turun tapi takda makna.

TELOR
Ada pembaca TT hantar surat  – tibai Mat Sabu pasal telor. Subsidi telor telah di tarik. Harga dah naik. Tapi tempat gua beli telor tiap minggu masih harga lama – telor dimana yang naik?

EKONOMI
Gua dengar dari  orang niaga – suasa dan cuaca niaga tak molek – gua suka sangat  dengar berita macam ini. Bila ekonomi tak molek rakyat marah. Bila rakyat marah mereka senang di hasut untuk turun ke jalan raya – TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILIHAN RAYA – ini RUKUM IMAN  gua.

ARWAH ZARA
 Inkues sedang berjalan. Dah ada  Warga Maya kena tangkap. Ini baik sekali. Ertinya  isu Zara ini masih membara. Kalau takda tangkapan makan isu ini dah sejuk. Yang penting ialah terus hangatkan isu Zara sebagai agenda untuk PRN Sabah.

Bila di tangkap bermakna : BILA MUSUH MENYERANG  ITU MAKNANYA BAIK – ERTINYA APA YANG LU BUAT TELAH MENUSUK DADA MUSUH – LU BUAT BETUL -  ini juga rukun IMAN gua.

PALESTIN
Di Baitulmuqadis  dua gerila Palestin tembak mati 6 Zionis di perhentian bas dan cederakan 12 Zionis. Gerila mati syahid.

FRANCE
Perdana Menteri Peranchis kena terajang. Kalah undi tak percaya bila dia nak batalkan subsidi. Sapa ganti belum tahu.

AMERIKA
Kes Trump kena pau  heboh di media Amerika. Trump di pau oleh Epstein yang juga agen Mossad. Di beritakan ada video klip di tangan Mossad. Video  Trump  berjubo dengan budak bawah umur.

GAZA
Setanyahu beri amaran -  warga Gaza wajib tinggalkan Kota Gaza – bom akan sampai.

HONG KONG
Taufan Tapah sedang bertiub kencang. Kini menghala ke Hong Kong. Tiupan maksimum 151 kilo batu satu jam. Amat deras.

INDONESIA
Menteri Kewangan Indon di singkir. Minah mulut  longkang di benci rakyat. Jadi sasaran demo. Rakyat telah masuk ke rumah minah kaya dan memusnahkan rumah Minah ini. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah. Hujan  subuh. Mata hari tidak kelihatan. Langit tidak indah – masih ada awan mendung. KL & KL Sentral cerah – hujan dan angin kuat membawa bersih.

Di pintu masuk cengkerik bersimponi – dari bukit kiri dan kanan Tekukur bersuara kuat.  pasti gumbira  rumput basah.

Di jalan lopak lopak air menanda hujan agak lebat malam tadi masa gua tidur.

Gua lalu depan Pokok Ara – naik tangga ke atas bukit  dan masuk ke dalam Wakaf . Gua nampak anak anjing lari takut dengan kesampaian gua. Ibu menyalak dari jauh, gua menabur  Friskies.

Gua berundur – emak dan ayah datang  - kemudian anak-anak datang ikut. Mereka menjamu selera. Wow – ini babak gumbira gua di pagi ini. 

Tapi gua ternampak ada dua anak anjing yang  tertinggal – nasib baik makanan masih ada – lalu gua tinggalkan di tepi jalan.

Kini anjing- anjing ini akan jadi sebahagian dari keluarga – tapi Tak Tak dan Ezi hanya lihat dari jauh. Tidak bikin sibuk. Amin.

Hari ini akan panas. Gua perlu matahari. Kain baju gua yang tersidai agak lembab. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI SELASA

BRO
Kita berjalan bukan berlari. Ini kerana hidup ini satu perjalanan.

BRO
Bila lu berjalan jangan lupa lihat pokok di kiri dan bukit di kanan. Jangan lupa lihat rumput di bumi.

BRO
Jangan mengaku kalah.  Jangan putus asa. Perjuangan panjang memerlukan masa.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mad 4n0n✅
mac 1b41👍