Ahad, 12 Oktober 2025

AWAS !!! CHINA MERAH IMPERIALIS BARU



Filipina tuduh China langgar kapal, tembak meriam air berhampiran Pulau Thitu


MANILA: Filipina menuduh pasukan maritim China menggunakan meriam air dan melanggar sebuah kapal milik mereka berhampiran Pulau Thitu, yang dikuasai negara itu.

Tindakan berkenaan disifatkan sebagai "ancaman jelas" yang menambah ketegangan di Laut China Selatan, kawasan yang turut menjadi rebutan beberapa negara serantau.

Menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG), tiga kapal termasuk BRP Datu Pagbuaya berlabuh berhampiran Pulau Thitu, yang dikenali tempatan sebagai Pulau Pag-asa, awal pagi ini.

Mereka berada di kawasan berkenaan sebagai sebahagian daripada program kerajaan untuk melindungi nelayan tempatan, namun kapal China dilaporkan menghampiri dan menembak meriam air bagi menakut-nakutkan mereka.

Kira-kira sejam kemudian, kapal pengawal pantai China didakwa menembak meriam air terus ke arah BRP Datu Pagbuaya sebelum melanggar bahagian belakang kapal itu.

PCG berkata, insiden itu menyebabkan kerosakan kecil tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Pihak pengawal pantai dan Biro Perikanan serta Sumber Akuatik Filipina berikrar akan meneruskan operasi mereka di kawasan itu, sambil menegaskan kehadiran mereka penting untuk melindungi sumber rezeki nelayan Filipina.

Bagaimanapun, Kedutaan China di Manila belum memberi sebarang maklum balas berhubung isu berkenaan.

Ketegangan antara China dan Filipina di Laut China Selatan meningkat sepanjang tahun ini, khususnya di sekitar Terumbu Scarborough, kawasan utama menangkap ikan.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, laluan perdagangan penting dengan nilai melebihi AS$3 trilion (RM14 trilion) setiap tahun, yang sebahagiannya juga dituntut oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.


AWAS !!!

CHINA MERAH

DAH MULA

TUNJUK TARING

AMIN

CHINA MERAH

MAHU GANTI

AMERIKA

AMIN

MAHU KONTROL

SEMUA ASAA

TENGGARA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus! lagi cepat lagi bagus! panggil pahlawan terbilang anda, akmal dan mas ermayati!! kami nak tengok bolehkah dua ekor bahlol tu berbuat apa-apa.