Farhash fail rayuan segera dalam percubaan ke-3 halang MalaysiaNow lapor isu lesen cari gali Sabah
Bekas pemimpin PKR yang kini ahli perniagaan jutawan Farhash Wafa Salvador telah memfailkan rayuan segera dalam usaha beliau menghalang MalaysiaNow daripada melaporkan lanjut tentang kelulusan lesen cari gali mineral meliputi sebuah kawasan hutan simpan yang luas behampiran sempadan Kalimantan.
Menurut surat daripada firma guaman mewakili bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu, sijil perakuan segera telah difailkan dengan pengurusan kes ditetapkan pada 13 Oktober di Mahkamah Rayuan.
Farhash dan rakan niaganya Aminudin Mustapha gagal dalam percubaan pertama mereka di Mahkamah Tinggi Shah Alam, diikuti percubaan kedua di Mahkamah Rayuan, untuk mendapatkan injunksi sementara terhadap MalaysiaNow.
Injunksi itu bertujuan menghalang MalaysiaNow daripada menerbitkan laporan berkaitan pendedahan bahawa syarikat mereka, Bumi Suria Sdn Bhd, telah mendapat kelulusan lesen cari gali mineral pada 2024 daripada Sabah Minerals Management (SMM).
Plaintif mahu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 September yang menolak permohonan injunksi itu, menjelang saman fitnah RM10 juta mereka terhadap MalaysiaNow.
Sebelum ini, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Noor Hayati Mat menyatakan walaupun bukan untuk mahkamah memutuskan sama ada plaintif difitnah, pembelaan yang dikemukakan oleh MalaysiaNow "bukanlah tidak benar secara terang-terangan".
Plaintif juga diperintahkan membayar kos guaman RM5,000 kepada MalaysiaNow.
Pada 21 Julai, MalaysiaNow melaporkan bahawa permohonan Bumi Suria untuk mendapatkan lesen cari gali mineral telah diluluskan oleh SMM dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 21 Mei tahun lepas, yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, yang juga merangkap pengerusi SMM.
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat mendedahkan bahawa keputusan itu dibuat hanya dua minggu selepas Farhash dan Amin menguasai Bumi Suria.
SMM kini terpalit skandal rasuah melibatkan pemimpin kanan kerajaan selepas ahli perniagaan Albert Tei mendedahkan siri rakaman video yang menunjukkan beberapa Adun Sabah berbincang bayaran rasuah mencecah sehingga jutaan ringgit.


3 ulasan:
kata ada buktilah sambung sampai 3 kalilah dapat menterilah banding harga minyak dgn singaporelah tapi nilai duit singapore x banding dgn nilai ringgit madani madafaka kah kah kah tanah melayu & temasek dah eleek eleek!!!
Bagus jangan bagi muka dekat media!
Pembentangan bajet baru berlaku, itu engkau tidak kaji tidak kupas sebab tidak ada kena mengena dengan engkau, hampeh, kerana engkau golongan freeloader juga, tidak ada apa-apa sumbangan kepada bangsa agama ketuanan Melayu terunggul pun kah kah kah ramai spesies engkau menumpang akan kesusahan orang lain tetapi saban hari menyalak macam Tak Tak kah kah kah, jangan marah-marah tapi serius spesies engkau terpaling ramai tin kosong selalu berbunyi kuat bangga biduanda lah entah betul entah betul entah sapu tangan juga bukan mudah percaya kah kah kah
Catat Ulasan