Isnin, 27 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 27 OKTOBER 2025

BUJET OOH BAJET


BAJET 2025
Bajet tahun ini sedang di bincang – Madafaka klim  bajet tahun ini JUMLAH  hebat 480 bilion kah kah kah – tapi  angka ini sebenarnya angka termasuk  bajet syarikat kerajaan di bawah Khazanah -  sebenarnya Bajet 2025  hanya 450B – merosot gila – Madafaka putar lagi.

Madafaka umum hutang negara di katakan turun – tapi BUKAN turun – yang turun jumlah pinjaman tahun ini – Madafaka putar lagi.

Kalau Bajet 2025 termasuk bajet syarikat GLC – maka HUTANG GLC juga wajib masuk sama laaaa... kah kah kah. Tapi yang  ini Madafaka putar.
SAH MADAFAKA seorang Madafaka.

BANJIR
Masuk hujung tahun  hujan sampai – ada kawasan banjir – ada terok – ada wilayah saban tahun di langgar banjir – dan paling mengejutkan ada wilayah TAK PERNAH ada banjir – kali ini di langgar banjir. 

Berita banjir dilapur media setiap hari.

Ini petanda Pemanasan Dunia – bukan kita sahaja yang sedang mengalami malapetaka ini – seluruh dunia sidang menerima akibat pemanasan dunia.

Eropah, Amerika Latin, Afrika – Timur Tengah dan  Asia Selatan – semua mengalami banjir besar.

Gua pernah  tinggal di Pakistan masa gua  berkelana – lebih dua tahun gua di sana – Tak pernah ada banjir – hujan ada tapi banjir tak berlaku – Hari ini saban tahun banjir melanda Pakistan

MALAYSIA juga akan mengalami malapetaka pemanasan dunia – banjir dan kemarau silih berganti – tiap tahun berubah watak. 

Apa yang wajib kita semua lakukan ialah BERSEDIA – dan kumpul pengalaman – cara menyusun – cara menyelamat – cara membantu – wajib semakin cekap dan teratur – Ikut CARA JEPUN – tersusun rapi dan teratur – ini hasil mengumpul pengalaman.

GAZA
Gencatan senjata ini melahirkan sempadan baru. Jelas Zionis Isreal akan memecahkan Gaza kepada dua wilayah.

VENEZUELA
Trump dah arahkan CIA dan badan Intel Amerika untuk buat projek UBAH REGIME. Nampaknya Amerika akan memulakan serang darat ke atas Venezuela. Provokasi tentera dari jiran sidang berjalan.

ISREAL
Secara terang Isreal tidak peduli janji gencatan senjata – Zionis Isreal mahu terus mengawal Gaza.

CHINA-INDIA
Hubungan dua negara ini pulih. Penerbangan pertama kemarin dari Calcutta ke Guangzhou . Penerbangan dua negara ini di tutup selama 5 tahun.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah muncul di arah Sungai Besi tapi cahaya lemah. Langit berawan putih dan sedikit biru. KL & KL Sentral agak  cerah – kemarin panas dan  angin kuat.

Tekukur terus bersuara dari atas bukit kiri dan kanan. Mesin potong rumput juga di dengar. 

Haha – semua Warga Hokkien dah tunggu gua – Jantan Baik dan Siti warga pertama sambut gua. Awalnya hanya Siti yang datang makan – kemudian semua Puppy muncul dengan Emak dan Ayah.

Chiap.. Chiap... Chiap  - suara kuat – gua tak tahu burung ini.

Tapi yang lama hilang ialah suara How Wow – Bila nak muncul sekali lagi.

Berjalan pulang  tepi pagar Hutan Sempadan  – murai berkicau – Bila murai berkicau di waktu pagi ini  tanda hari yang indah.

Hari ini akan panas. Jika petang hujan malam jadi sejuk santai. 

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN

BRO
Lu baca buku  lu bukan pintu dunia. Lu juga bukan pintu alam kita.

BRO
Buku ialah hadiah kehidupan. Tanpa buku lu berjalan gelap.

BRO
Berancuk memang nikmat. Baca buku pun nikmat juga. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSENIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dunia one pice juga ada masalah yang sama.. akan ditelan laut