Russia tembak jatuh 193 dron Ukraine malam tadi
MOSCOW: Kementerian Pertahanan Russia berkata pihaknya menembak jatuh 193 dron Ukraine sepanjang malam, dengan pihak berkuasa tempatan melaporkan seorang maut dalam serangan berkenaan.
"Sepanjang malam tadi, sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan 193 kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) jenis sayap tetap milik Ukraine," menurut kenyataan kementerian itu di Telegram.
Gabenor wilayah sempadan Bryansk, Aleksandr Bogomaz, menerusi Telegram berkata sebuah van penumpang terkena serangan di kampung Pogar, mengorbankan pemandu dan mencederakan lima penumpang.
Menurut Kementerian Pertahanan Russia, 47 dron ditembak jatuh di wilayah Bryansk, yang bersempadan dengan Ukraine, manakala 40 lagi di wilayah Moscow, kebanyakannya dipercayai menuju ke ibu negara.
Russia terus melancarkan serangan berterusan menggunakan dron dan peluru berpandu, khususnya menyasarkan rangkaian tenaga Ukraine sejak pencerobohan besar-besaran dilancarkan pada Februari 2022.
Sebagai tindak balas, Ukraine kini meningkatkan serangan terhadap kilang penapisan minyak dan infrastruktur tenaga Russia. — AFP


2 ulasan:
Si askor kim jong un dah un un undurrrrr ka ? Hantar flotilla TT atau artis artis kita..cekap memanah tuuuu....kakakakaka...
jangan jaga tepi kain orang. kain sendiri dah koyak rabak sampai nampak batang kau tu apa cerita? kah kah kah!
Catat Ulasan