Isnin, 27 Oktober 2025

RUSIA ADA SENJATA BARU



Russia uji peluru berpandu Burevestnik berkuasa nuklear

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin mengumumkan negaranya berjaya menguji peluru berpandu jelajah Burevestnik berkuasa nuklear.

Peluru berpandu itu didakwa mampu mengelak sebarang sistem pertahanan dan memiliki jarak jangkauan hampir tanpa had.

Menurut Ketua Turus Angkatan Tentera Russia, Jeneral Valery Gerasimov, peluru berpandu 9M730 Burevestnik, digelar SSC-X-9 Skyfall oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terbang sejauh 14,000 kilometer (KM) selama 15 jam ketika diuji pada 21 Oktober lalu.

Putin menyifatkan senjata itu unik dan tiada tandingan di dunia, serta menegaskan ujian penting terhadap sistem itu sudah selesai.

Beliau turut mengarahkan penyediaan infrastruktur bagi penempatan peluru berpandu berkenaan.

Gerasimov menjelaskan peluru berpandu itu beroperasi sepenuhnya menggunakan kuasa nuklear dan berupaya menewaskan mana-mana sistem pertahanan peluru berpandu musuh.

Putin sebelum ini turut menyelia ujian kekuatan strategik nuklear Russia membabitkan darat, laut dan udara, sambil menegaskan tahap kesiapsiagaan nuklear negara itu kini paling tinggi berbanding mana-mana kuasa nuklear lain.

Russia dan Amerika Syarikat (AS) kini menguasai kira-kira 87 peratus senjata nuklear dunia, dengan Russia memiliki 5,459 kepala peledak nuklear, manakala AS sebanyak 5,177, menurut Persekutuan Saintis Amerika (FAS). - REUTERS

RUSIA ADA

SENJATA BARU

AMIN

AMERIKA AKAN

IKUT BUAT

AMIN

INILAH DIA

PERLUMBAAN

SENJATA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila mesia nak buat? Kita kan pandai ciplak...kakaka