Khamis, 25 Disember 2025

APA TERJADI DI PERLIS?


Pas gugur keahlian


 3 ADUN Perlis

KUALA LUMPUR — Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari ini, memutuskan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis yang mewakili parti itu terhenti serta merta keahlian sebagai ahli Pas.

Mereka adalah Saad Seman, (DUN Chuping); Fakhrul Anwar Ismail (DUN Bintong) ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim.

Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan malam ini mengumumkan ketetapan tersebut hasil mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Presiden di Rusila, Marang.

“Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada hari ini, Rabu 24 Disember 2025, telah membuat ketetapan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025), bahawa ahli-ahli Badan Perundangan Pas yang berikut ‘adalah terhenti serta-merta keahliannya sebagai ahli Pas’.

“YB Tuan Haji Saad Seman, ADUN Chuping; YB Tuan Fakhrul Anwar Ismail, ADUN Bintong; dan YB Tuan Mohd Ridzuan Hashim, ADUN Guar Sanji.

“Pas akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan terdapat lapan ADUN Perlis didakwa tidak lagi menyokong kepemimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan menyerahkan akuan bersumpah (SD) tersebut kepada pihak Istana Perlis, Jumaat lalu.

Menurut laporan tersebut selain tiga ADUN Pas, mereka yang lain didakwa berbuat demikian adalah daripada Bersatu iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis); Izizam Ibrahim (Titi Tinggi); Megat Hashirat Hassan (Pauh); Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang); dan Marzita Mansor (Sena).

Perlis mempunyai 15 DUN di mana pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, Perikatan Nasional (PN) menang buat kali pertama menawan 14 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) hanya menang satu iaitu di DUN Indera Kayangan.

APA SUDAH

JADI DI PERLIS?

AMIN

GADUH PASAL 

APA PULAK?

AMIN

SAPA TAHU

SILA BERI

PENCERAHAN

KHALAS

Tiada ulasan: