Khamis, 25 Disember 2025

WUJUDKAN SEMULA MAUFAKAT NASIONAL


Bubar PN, wujudkan semula MN, amacam? - Akmal

Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) dibubarkan berikutan kemelut terbaru dalam gabungan itu, terutamanya berkaitan isu jawatan Menteri Besar Perlis.

Akmal dalam satu hantaran di Facebook sebaliknya berkata, Umno sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 telah menggesa PAS supaya memperkasakan Muafakat Nasional dan bukan PN.

“Hari ini, baru nampak belang masing-masing, kena tikam belakang,” katanya, merujuk kepada lapan Adun PN yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli.

“Alang-alang bubar sekalilah Perikatan Nasional, kita wujudkan semula Muafakat Nasional. Amacam?” tambahnya.

MN ditubuhkan oleh Umno dan PAS pada 2019, yang menandakan satu pencapaian dalam mengukuhkan kerjasam politik Melayu selepas beberapa dekad persaingan antara kedua-dua parti.

Bagaimanapun, selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada 2020, PAS memilih untuk bekerjasama dengan Bersat dan membentuk PN — satu langkah yang dianggap Umno sebagai pengkhianatan.

PAS juga menggesa supaya Bersatu dimasukkan dalam MN, namun ditentang oleh Umno.

Pakatan itu berakhir pada Disember 2022 apabila Umno menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri.

Pemimpin PAS berulang kali mengutarakan idea untuk menghidupkan semula MN, walaupun Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menyatakan ia tidak boleh melibatkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyambut baik cadangan Akmal dengan syarat Umno keluar daripada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, perkara itu boleh dicapai dengan menubuhkan jawatan kuasa perunding.

"Saya sangat setuju dengan cadangan hidupkan semula Muafakat Nasional ini. Inilah kunci kekuatan dan kebangkitan semula Perpaduan Ummah. Tahniah Ketua Pemuda Umno. Hidupkan kembali rundingan, tubuh JK Perunding.

"Sebaik sahaja Umno/BN isytihar keluar dari gabungan bersama PH, kita lancarkan terus Muafakat Nasional," katanya dalam hantaran di Facebook.

WOIT

INI PANDANGAN

AMAT BAIK

AMIN

HANYA SATU

TUJUAN BERSAMA

AMIN 

SELAMATKAN

MALAYSIA

HUMBANKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AMIN

BUKAN BEREBUT

SAPA NAK JADI

PERDANA MENTERI

KHALAS

Tiada ulasan: