PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 25 DISEMBER 2025
KRISMAS
MAULUD NABI ISA
Hari ini satu dunia merayakan hari Maulud Nabi Isa. Tapi ada juga yang menyambut Maulud ini pada 7 Januari. Ini pegangan masing-masing agama. Tak salah. Yang penting kita sedunia sambut Maulud Nabi Isa.
TAPI jangan lupa Nabi Isa ini warga Palestin. Dia lahir di Nazareth dalam Palestin. Nabi Isa di salib di Baitulmuqadis – justeru kota ini menjadi kota suci untuk penganut Kristian.
Kota ini menjadi kota suci untuk bani Israel kerana Kuil Solomon di dirikan di sini.
Kota ini jadi suci kerana KIBLAT pertama umat Islam ialah mengarah ke Masjid Al-Aqsa dalam kota ini.
Gua sebagai Penganut Islam Budaya merayakan semua Hari Kesucian dan Hari Kebesaran Agama Anak Semua Bangsa.
Justeru marilah kita bersama- sama merayakan Hari Maulud Nabi Isa ini – yang kita kenali sebagai HARI KRISMAS. Amin
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering. Matahari sudah keluar tapi sinar masih lemah. Langit biru muda dan berawan putih, Kemarin tak hujan maka Cengkerik kurang bersimponi.
Dari wilayah Pintu Masuk gua nampak Jantan Baik dan Siti berkejar. Pagi Krismas ini gua bawa makan spesial : Rangka ayam , kaki ayam dan labu – Semua gua rebus bersama beras.
Pagi Krismas ini ramai kaum keluarga Siti datang makan – Emak dan Ayah ada sama. Puppy Itam pun ada. Mereka enjoi makan di pagi Krismas.
Tapi gua agak sedih kerana ada 6 Abang masih bekerja. Ada yang Potong Rumput dan ada yang bersihkan kubur. Di Pagi Krismas – cuti umum – gua harap mereka dapat bayaran LEBIH.
Berjalan pulang Jantan Baik dan Siti datang menyongsong dekat Wakaf Pertama – kali ini Siti dapat rebus hati ayam – juga keropok mentah untuk Jantan baik. Gua tabur juga Friskies kerana ada satu lagi puppy datang sama.
Hampir di pintu masuk di kawasan rumput panjang yang belum di potong – gua nampak puluhan Pipit Uban berpusing-pusing terbang mencari rezeki.
Gua melihat perangai Pipit ini cukup menarik. Mereka berlegar turun ke dalam rumput dan kemudian terbang lagi.
Gua selalu berfikir : Sapa jadi PEMIMPIN yang memulakan terbang dan membawa turun mendarat ? Soalan yang tak mungkin gua temui jawapan. Amin.
Tengah hari ini gua nak ke rumah kawan – bertandang merakam Hari Krismas. Sembang-sembang sambil ketawa dan berlabun ITU dan INI di hari Krismas. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KRISMAS
BRO
Pergi ke kebun mencabut ubi
Ubi di rebus gula di sira
Selamat menyambut Maulud Nabi
Mari kawan mari bergembira
Masuk ke hutan pergi memburu
Potong kayu pakai gergaji
Lepas Krismas tahun baru
Pasang tekad tunaikan janji
LAKUKAN SEKARANG
LAKUNA HARI INI
SELAMAT MENYAMBUT KRISMAS


Tiada ulasan:
Catat Ulasan