PAGI INI
PAGI INI
19 DISEMBER 2025
ISA DARI NAZARETH
HARI KRISMAS
Lagi 6 hari kita akan menyambut hari lahir ISA DARI NAZARETH – Isa ini di lahirkan di Palestin. Dia jadi Nabi maknanya warga Palestin jadi Nabi – Isa juga dari Bani Yahudi - jadi maknanya Yahudi dan Arab dah lama duduk sebelah menyebelah.
Tapi hari ini BERPERANG. Arab dan Yahudi berperang kerana ZIONISMA – inilah fahaman yang membuka jalan perang. Ideologi Zionis ini amat bahaya – MALAH AWAS DI SEKELILING KITA JUGA ADA ZIONIS TEMPATAN – malah ajen Zionis juga ada – jeng jeng jeng.
SAPA AJEN ZIONIS ? Ajen Zionis ialah Penjual 39 lapangan terbang milik rakyat Malaysia kepada SYRIKAT BLACKROCK – sapa Blackrock?
BLACKROCK ialah syarikat Zionis Yahudi pembekal utama senjata kepada Zionis Isreal. Tak faham. Khalas.
HARI KRISMAS – ialah musim cuti – musim pesat – musim enjoi de menjoi – kemudian datang HARI TAHUN BARU – sekali lagi KITA BERenjoi de menjoi.
Hidup ini kalau tak ada enjoi de menjoi pastilah hidup ini bosan.
Bergembiralah kamu – berpestalah kamu seperti kamu kali pertama kamu meniduri pasangan – kah kah kah.
TAHUN ini gua tak tahu macam mana sambutan Krismas di Palestin. Kota Juruselam – kota suci Kristian Islam dan Yahudi – apakah kota ini akan di kawal oleh soldadu Zionis hingga susah nak beribadat ?
Di Malaysia gua nampak kedai dan Gedung Membeli Belah sedang menayangkan tema Krismas untuk mereka yang bakal datang membeli.
Di Eropah SEJUK di musim perayaan ini – Kita di Malaysia sejuk juga kerana hujan – kah kah kah.
Lu jangan tanya betul ke ISA DARI NAZARETH lahir pas 25 Disember ? Jika lu tanya maka KEKARUTAN AGAMA AKAN TERSERLAH kah kah kah. Amin
AMERIKA
Fail Jeffrey Epstein di buka. Banyak gambar di tayang – Ramai nama pencari Burit Ketat ditemui. Semuanya orang BERNAMA di Amerika.
EROPAH
Kesatuan Eropah nak kelepet duit Rusia yang tersimpan dalam Bank di Belgium. Ini bahaya kerana Rusia marah. Duit ini nak di gunakan sebagai bantuan kepada Ukraine.
UKRAINE
Tanpa bantuan fulus masuk dari Eropah Ukraine akan bungkus. Senjata makin kurang. Produksi drone akan terhenti.
AMERIKA
Kesihatan Trump jadi berita perbualan nasional. Apakah Presiden Amerika ini sihat dari segi pisikal dan mental.
LEBANON
Selatan Lebanon terus menjadi sasaran bom dari darat dan udara. Zionis Isreal sedang menyerang walau pun ada janji gencatan senjata dengan Lebanon.
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – hujan rintik-rintik. KL & KL Sentral berkabus agak tebal. Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi – gumbira bumi basah.
Rintik -rintik yang jatuh ke daun Terap berbunyi kuat macam hujan lebat. Sekumpulan kecil Pipit Uban melintas – dalam basah mencari makan. Yang lain gua tak dengar suara – tapi dari jauh arah Istana Lama ada suara How Wow.
Jantan Baik dan Siti berkejar menunggu makan. Lepas makan Jantan Baik dan Siti ikut kami berjalan ke arah Wakaf Ketiga – sambil berjalan sambil Siti bergurau dengan Tak Tak - menjadikan pagi ini indah.
Ketika gua menulis ini matahari masih belum keluar. Dalam hutan di belakang Flet gua dengar suara How Wow tak putus putus – Panggil apa ?
Aduh ! Hari ini akan basah – gua tak minat cuaca ini – mengingatkan gua zaman sejuk di Eropah. Amin
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
DI PAGI JUMAAT
BRO
Jika lu ada kawan tak perlu saling mengerti. Kawan lu akan terima saja sebagai tanda sahabat.
BRO
Jika lu jatuh – keadaan di bawah sedih – tertiba ada sosok datang bantu maka jadikan dia sahabat.
BRO
Untuk jadi sahabat yang baik sila ikut perangai anjing. Amin.
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HAR INI
SELAMAT BERJUMAAT


Tiada ulasan:
Catat Ulasan