PAGI INI
PAGI INI
26 DISEMBER 2025
BOXING DAY
BOXING DAY
Di United Kingdom sehari lepas Krismas di panggil Boxing Day – bukan hari bertumbuk – bukan Muhamad Ali lawan Joe Bugner – bukan bukan bukan.
Hari ini dinamakan Boxing Day kerana hari ini – hari bersedekah. Satu ketika lama dulu di hari ini gereja menggalakkan MASUKKAN DUIT KE DALAM KOTAK GEREJA – sehari selepas Krismas – warga di galakan bersedekah. Box ialah kotak maka masukkan sedekah duit ke dalam kotak.
Juga pada hari ini pada Pekerja di rumah ORANG KAYA boleh balik ke rumah keluarga sendiri. Kemarin di Hari Krismas bertugas menjaga Boss – Tuan Tanah yang kaya.
JUGA pada hari ini ketika Perang Dunia Pertama - sedara kaum kerabat memasukkan kuih muih dan hadiah ke dalam kotak untuk di hantar kepada para soldadu yang sedang berperang.
Inilah sejarah BOXING DAYA
HARI NAJIB
Dari hari ini Tukar Tiub mengumumkan 26 Disember akan di panggil sebagai HARI NAJIB atau NAJIB DAY – ini kerana pada pagi hari ini kes 1MDB Najib akan di umumkan keputusan : BESALAH atau BEBAS.
Marilah kita sesama mengingati sejarah HARI NAJIB dan BOXING DAY – amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk. Petang kemarin guruh petir berdentum dentum – hujan lebat tapi tak lama – Kuala Lumpur basah.
PAGI INI Langit pucat tak indah. KL & KL Sentral berkabus. Matahari sedang berjuang untuk menembusi awan putih yang tebal.
Di pintu masuk How Wow bersuara kuat diatas bukit dari pokok tinggi. Ha ha gua ternampak satu kumpulan Pipit terbang berlegar – ramai berpuluh ekor.
Kemudian gua nampak Jantan Baik datang seorang diri – gua bersuara PUCI PUCI PUCI – Yang Lain muncul dari atas bukit - datang berlari termasuk Siti – lu gua tabur makanan.
Berjalan pulang Tiga Abang Potong Rumput sedang bekerja – Gua tercium bau rumput yang baru di potong - ah ha ha – beberapa ekor Tiong berkejar. Mencari rezeki.
Gua harap pagi ini akan panas – ketika gua menulis balkoni gua dah bercahaya. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
HARI NAJIB
BRO
Jika kita menghulur sedekah seringgit dua kita tidak akan jadi papa.
BRO
Lu bersedekah macam sungai yang mengalir lu akan dapat nikmat dari air sungai yang bersih.
BRO
Masa lu beri sedekah hulur tangan kanan dan sorok tangan kiri. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan