Jumaat, 5 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 5 DISEMBER 2025

KES RASUH SABAH SELESAI?


AL-FATIHAH
Dilapur Bung Mokhtar telah meninggal dunia.  Sabah baru selesai PRN. Bung ada kerusi ? Pasti akan ada PRK – ini menarik.   Tapi yang pasti KES RASUAH Bung Mokhtar selesai.  Atau Sang Balu akan di hukum? Amin.

PARANG LAGI ? 
Kah kah kah – Parang muncul lagi dalam kes 3 Jantan India mati di tembak polis – kah kah  kah – pelik tetapi benar POLIS SELALU JUMPA PARANG dalam   KERETA sesiapa saja yang telah mereka tembak – kah kah kah.

DULU  polis jumpa PARANG dalam kereta Aminulrashid. Ini  kanak – kanak bawah umur  yang di tembak  mati di PJ. 

Sampai sekarang gua hairan kenapa budak Rashid ini bawa parang? Kah kah kah. 
Untuk kes  terkini ini gua munculkan teori – jeng jeng jeng.

TEORI PARANG
SATU: Tiga jantan yang di tembak mati oleh polis ini bekerja  sebagai TUKANG  KEBUN yang memerlukan PARANG.

DUA : Tiga jantan yang di tembak polis di Melaka ini adalah PENIAGA DURIAN. Kan sekarang musim durian – jadi perlu bawa parang.

TIGA : Tiga Jantan ini dalam perjalanan dari Muar ke Melaka. Mereka  adalah pengikut Kiyai Salleh -  Mereka sedang  menuntut ilmu PARANG TERBANG dari cucu cicit Kiyai Salleh di Muar.  Amin

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – kemarin hujan. Lopak air disana sini. Langit berawan putih kelabu – masih ada lagi air yang belum turun. Mata hari tak kelihatan. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Pagi ini  hanya lima Ekor datang  makan  - 4  Puppy dan Jantan Baik – Siti dan Emak tidak kelihatan – entah ke mana merantau.

Tekukur bersuara – dan satu kumpulan – gua rasa Burung Perling  – melintas ke arah Pokok Ara.. Pasti bukan Pipit – Kumpulan Pipit jika terbang tidak tinggi.

Ketika gua menulis ini  cahaya matahari sudah  melimpah masuk ke balkoni. Gua rasa hari ini akan panas. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

BRO
Setiap laman buku akan bawa lu jauh berjalan. Lu akan tahu dunia ini maha luas.

BRO
Buku menyimpan  dunia kita ini  dalam kata-kata. Bila lu baca maka dunia itu akan hidup kembali.

BRO
Lu  buka buku – lu akan buka satu lagi dunia yang baru. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI IN
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: