Jumaat, 2 Januari 2026

HALUAN POLITIK KIRI BEREMBANG KEMBALI



Mamdani ikrar jayakan agenda berhaluan kiri sebaik angkat sumpah jawatan


NEW YORK: Beribu-ribu orang berhimpun dalam cuaca beku di bandar terbesar di Amerika Syarikat, New York untuk meraikan majlis angkat sumpah Datuk Bandar Demokrat berusia 34 tahun, Zohran Mamdani.

Ia susulan kebangkitan politiknya yang mengagumkan daripada relatif tidak dikenali hanya setahun lalu.

"Mereka mahu tahu sama ada golongan kiri mampu mentadbir. Mereka mahu tahu sama ada kesukaran yang membelenggu kehidupan mereka boleh diselesaikan," katanya di luar City Hall.

"Kami akan melakukan sesuatu yang warga New York lakukan lebih baik daripada sesiapa pun: menjadi contoh kepada dunia," katanya.

Dalam ucapan selama 24 minit itu, beliau menambah: "Bermula hari ini, kami akan mentadbir secara meluas dan berani."

Sebagai Datuk Bandar Muslim pertama New York, beliau menekankan isu kos sara hidup yang menjadi teras kempen pilihan rayanya, sambil berikrar membantu mereka yang "dikhianati oleh sistem sedia ada."

Sekutu berhaluan kiri, Senator Bernie Sanders dan anggota Kongres Alexandria Ocasio-Cortez, turut berucap di hadapan kira-kira 4,000 tetamu bertiket.

"Terima kasih kerana memberi kami, dari pantai ke pantai, harapan dan visi bahawa kita boleh membina kerajaan yang berfungsi untuk semua, bukan hanya golongan kaya dan segelintir," kata Sanders, bekas calon presiden.

Pada satu ketika, orang ramai melaungkan slogan "cukai orang kaya".

Datuk bandar baharu itu mahu menaikkan cukai ke atas penduduk paling kaya di New York.

Ribuan orang juga memenuhi pusat bandar Manhattan, ramai mengenakan topi beanie kuning dan biru bertulis "Zohran", untuk menonton majlis itu di skrin besar.

"Ini kali pertama sepanjang hidup kami berdua merasakan sebarang bentuk harapan politik," kata Jacob Byerly, 31, seorang saintis, kepada AFP, sambil ditemani isterinya, Auburn.



GARIS POLITIK

KIRI BANGUN

MELAWAN

AMIN

INI PETANDA

BAIK & SEHAT 

AMIN

AKAN MEREBAK

DARI NEW YORK

KHALAS

Tiada ulasan: