𝗣𝗡 𝗧𝗮𝗸 𝗚𝗼𝘆𝗮𝗵, 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗶𝗮𝗽 𝗛𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲KUALA LUMPUR, 2 Jan 26 — Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan gabungan itu bergolak susulan peletakan jawatan beberapa pimpinan pusat, sebaliknya menegaskan struktur negeri kekal stabil dan tersusun menjelang PRU16.Bekas Pengerusi PN Pahang, Saifuddin Abdullah berkata, tiada peletakan jawatan melibatkan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi PN di kebanyakan negeri, termasuk pemimpin PAS dan BERSATU, dengan proses peralihan kepimpinan pusat tidak menjejaskan gerak kerja gabungan.Menurut beliau, PN Pahang berada dalam keadaan paling stabil, dipimpin Pengerusi Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Datuk Khalib Abdullah, dengan kerjasama PAS, BERSATU dan GERAKAN kekal padu.PN Pahang kini memberi tumpuan penuh kepada PRU16 menerusi inisiatif “PN Teraju Pahang” (PTP), termasuk program terbaharu “Hogoh Jelai” yang mencatat sambutan menggalakkan di peringkat akar umbi.Prestasi PRU15 dijadikan modal utama apabila PN Pahang melonjak daripada satu kerusi Parlimen dan lapan DUN kepada tujuh Parlimen dan 17 DUN, hanya kekurangan lima kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.Walaupun gagal membentuk kerajaan selepas BN memilih bekerjasama dengan PH, PN Pahang mengambil peranan sebagai pembangkang konstruktif dan berfungsi sebagai kerajaan menanti, dengan buat pertama kali jawatan Ketua Pembangkang diwujudkan di Pahang.Saifuddin berkata, PN Pahang akan memasuki PRU16 dengan tawaran segar berteraskan isu rakyat termasuk pemilikan tanah, bekalan air, kos sara hidup dan infrastruktur, selain pelan pembangunan jangka panjang untuk memakmurkan negeri. @politiko.my
𝗣𝗡 𝗧𝗮𝗸 𝗚𝗼𝘆𝗮𝗵, 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗶𝗮𝗽 𝗛𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲
KUALA LUMPUR, 2 Jan 26 — Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan gabungan itu bergolak susulan peletakan jawatan beberapa pimpinan pusat, sebaliknya menegaskan struktur negeri kekal stabil dan tersusun menjelang PRU16.
Bekas Pengerusi PN Pahang, Saifuddin Abdullah berkata, tiada peletakan jawatan melibatkan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi PN di kebanyakan negeri, termasuk pemimpin PAS dan BERSATU, dengan proses peralihan kepimpinan pusat tidak menjejaskan gerak kerja gabungan.
Menurut beliau, PN Pahang berada dalam keadaan paling stabil, dipimpin Pengerusi Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Datuk Khalib Abdullah, dengan kerjasama PAS, BERSATU dan GERAKAN kekal padu.
PN Pahang kini memberi tumpuan penuh kepada PRU16 menerusi inisiatif “PN Teraju Pahang” (PTP), termasuk program terbaharu “Hogoh Jelai” yang mencatat sambutan menggalakkan di peringkat akar umbi.
Prestasi PRU15 dijadikan modal utama apabila PN Pahang melonjak daripada satu kerusi Parlimen dan lapan DUN kepada tujuh Parlimen dan 17 DUN, hanya kekurangan lima kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.
Walaupun gagal membentuk kerajaan selepas BN memilih bekerjasama dengan PH, PN Pahang mengambil peranan sebagai pembangkang konstruktif dan berfungsi sebagai kerajaan menanti, dengan buat pertama kali jawatan Ketua Pembangkang diwujudkan di Pahang.
Saifuddin berkata, PN Pahang akan memasuki PRU16 dengan tawaran segar berteraskan isu rakyat termasuk pemilikan tanah, bekalan air, kos sara hidup dan infrastruktur, selain pelan pembangunan jangka panjang untuk memakmurkan negeri. @politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan