PAGI INI
PAGI INI
SABTU 24 JANUARI 2026
DAVOS
PROJEK BARU SEDANG DIRANCANG
Davos masih bersidang. Kelihatan berita utama IALAH GREENLAND – dimana Eropah dan Amerika bertelagah. Trump undur tak akan guna senjata untuk tawan Greenland. Tapi hubungan Amerika dengan Eropah di era Trump kian renggang.
Dalam masa yang sama – para elit dunia – para GLOBALIST – kaum PEMODAL INTERNASIONAL sedang merancang rupa bentuk baru dunia di Davos.
Dalam masa yang sama AI kini menjadi latar – Kemunculan AI ini masih belum tuntas.
APAKAH ai AKAN MENJADI AGAMA BARU UNTUK MANUSIA – akhirnya umat manusia bertemu dengan PEREKA UMAT MANUSIA.
EKONOMI DUNIA kelihatan menurus ke arah bawah. Bursa melonjak naik kemudian merundum jatuh. Ini watak sebelum berlakukan ledakan EKONOMI 2008 dulu – GELOMBANG DOT COM meledak terbarai.
AWAS !!!
Jika ekonomi dunia jatuh – para Globalis dan elit Dunia akan merancang PERANG – ketika ini Perang Ukraine non stop – Perang Gaza terus berjalan – Perang Sudan makin rancak – ciri dan pola Perang Dunia makan jelas. Amin
HOKKIEN
Pagi ini ketika gua nak buka pintu flet gua dah dengar suara How Wow. Masuk ke Hokkien cerah kering segar. Langit biru indah. KL & KL Sental berkabus nipis.
Tekukur berlagu. How Wow melaung. Cengkerik bersimponi perlahan.
Sebelum sampai ke Wakaf Pertama Siti adik beradik muncul. Lalu dua beri makan. Pagi ini semua Puppy datang kecuali Itam. Tapi Jantan Baik tak kelihatan.
Gua berjalan ke Wakaf Tiga – Siti berlari ikut gua. Berjalan pulang gua nampak Siti dapat sebiji KUIH APAM – ini tinggalan keluarga yang datang ziarah kubur kemarin. Siti menggonggong kuih apam sambil berlari mengikut gua.
Di Wakaf Pertama Siti tinggalkan kuih apam kerana gua nak beri hati ayam. Yang lain datang – mereka dapat juga hati ayam dan keropok.
Tertiba satu Puppy menjerit di serang oleh Jantan Baru – Tak Tak marah lalu mengejar jantan ini – kumpulan Puppy terbarai lari. Tak sempat gua beri Friskies. Tapi Siti tak kemana lalu gua beri Friskies.
Susah juga gua nak memanggil Tak Tak yang berkejar ke sana ke mari. Tapi akhirnya dapat gua pegang tali badannya. Amin
Hari ini akan panas. Angin sejuk bertiup. Jap lagi gua nak ke Chow Kit nak beli buah dan makanan Tak Tak. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
SABTU YANG INDAH
BRO
Lu jadikan dunia ini sebagai destinasi perjalanan – pasti lu kan bertemu ramai samseng.
BRO
Lu jangan sesal letih berjalan. Lu wajib gumbira jumpa dan melihat apa yang lucu dalam dunia ini.
BRO
Dunia ini adalah buku – jika lu tak merayau berjalan maka lu hanya baca Tajuk Buku. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI




Tiada ulasan:
Catat Ulasan