PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 23 JANUARI 2026
VINOD SEKHAR
SAPA VINOD INI ?
Kah kah kah – lu tanya sapa Mamat ini ? Kah kah kah – KENAPA LU TAK TANYA SAPA JO LO ? kah kah kah.
Mustahil lu tak tahu sapa Jo Lo.
Bila lu kenal dan faham sapa JO LO maka lu akan tahu dan faham sapa VINOD SEKHAR. Mudah !
Najib anggap Jo Lo ialah barua dia untuk cari duit. Tapi sebenarnya Najib bin Razak jadi barua Jo Lo untuk mencuri duit.
Anwar bin Ibrahim anggap Vinod barua dia untuk cari duit. Sebenarnya Anwar bin Ibrahim dijadikan barua oleh Vinod Shekar untuk menipu dan mencuri duit.
JO LO UNTUK NAJIB BIN RAZAK
VINOD SHEKAR UNTUK ANWAR BIN IBRAHIM
Ini lah contoh pemimpin Melayu yang Islamik, syumul dan klim jujur tapi sebenarnya jadi barua kepada India dan China untuk mencuri dan menipu. Amin
HOKKIEN
Pagi ini agak meriah. Kering dan segar. Matahari dah keluar tapi cahaya lembut. KL & KL Sentral berkabus nipis.
How Wow bersuara dari atas Pokok Besar lagi tinggi atas bukit. Maka suara di dengar hampir di seluruh Hokkien. Pagi ini Tekukur bersuara lembut. Cengkerik senyap.
Ha ha – PAGI INI gua terserempak dengan Pak Cik Ah Chong – dia juga membersihkan kubur. Rumah di Cheras umur 72 tahun – datang ke Hokkien naik motor WJV 617. Kami dah berkenal lama.
Dekat Wakaf Dua jantan baik dan Tiga Puppy datang. Gua beri makan. Siti tak kelihatan. Kemana Siti merantau gua tak tahu.
Berjalan pulang dari Wakaf Tiga muncul PENDATANG BARU – JANTAN PUTIH – awalnya macam bergaduh dengan Tak Tak – kemudian jadi baik – terus bergurau.
Di Wakaf Satu gua tabur Friskies – Jantan Putih tak ambil pot. Dia hanya nak bermain dengan Tak Tak.
Bila kami pulang Jantan Putih ikut ke Pintu Masuk – bila gua buka pintu dia masuk ke kawasan flet – dan terus ikut kami hingga ke tempat letak kereta. Kemudian gua tak nampak kerana ada dua kereta melintas.
Esok gua nak tengok – apakah Jantan Putih ini akan muncul lagi?
Hari ini akan panas. Tak Tak dah menjalar berjemur di balkoni. Ketika gua menulis ini – suara Tekukur non stop dari belakang dapur. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM UNTUK
SAMBUT JUMAAT
BRO
Lu wajib kenal dan tahu beza hutan dan pokok.
BRO
Tanpa hutan dan pokok umat manusia akan mati. Pokok mengeluar oxygen yang kita perlukan untuk hidup.
BRO
Pokok rambutan yang lu nak tanam itu sepatutnya lu tanam 5 tahun dulu. Sekarang lu boleh makan buahnya. AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT




Tiada ulasan:
Catat Ulasan