SEMAKIN LAMA
PERANG BERJALAN
TRUMP SEMAKIN
SEWEL
AMIN
PAKAR OTAK
DI AMERIKA
MULA RISAU
KAH KAH KAH
JIKA PERANG
BETERUSAN TRUMP
AKAN MASUK
RUMAH SAKIT GILA
KHALAS
Trump dakwa Iran hantar 20 kapal minyak kepada AS 'sebagai tanda hormat'
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata Iran sedang menghantar 20 kapal tangki minyak ke Amerika Syarikat (AS) melalui Selat Hormuz bermula pagi Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
"Hari ini, mereka memberikan kepada kami sebagai satu penghormatan, saya tidak pasti, saya tidak dapat mentakrifkannya dengan tepat, tetapi mereka memberikan kepada kami, saya fikir sebagai tanda hormat, 20 kapal minyak, kapal minyak yang besar melalui Selat Hormuz dan itu akan bermula esok pagi," katanya kepada wartawan dalam pesawat Air Force One menuju ke Washington, DC.
"Saya hanya boleh katakan bahawa kami menunjukkan prestasi yang amat baik dalam rundingan itu," kata Trump.
Katanya, beliau "agak pasti" AS akan mencapai perjanjian dengan Iran, "tetapi ada kemungkinan juga tidak."
"Saya nampak perjanjian dengan Iran," katanya, sambil menambah ia "mungkin berlaku tidak lama lagi."
Trump turut berkata AS sedang berunding dengan Iran secara "langsung dan tidak langsung."
Apabila ditanya sama ada beliau masih mempertimbangkan untuk menghantar tentera darat, beliau berkata AS mempunyai "banyak pilihan lain."
"Kami berada di hadapan jadual dengan Iran. Kami beberapa minggu lebih awal daripada jadual... dan kami berdepan kumpulan yang baharu, ia benar-benar seperti rejim baharu. Ia kumpulan orang yang baharu, yang belum pernah kami berurusan sebelum ini dan mereka bertindak dengan sangat munasabah," katanya.
Iran pada Rabu lalu menolak pelan 15 perkara yang dikemukakan AS untuk menamatkan perang, dengan menyatakan bahawa sebarang gencatan senjata hanya akan berlaku mengikut syarat dan garis masa Tehran.
Apabila Trump ditanya sama ada Iran sudah memberi maklum balas terhadap pelan 15 perkara itu, beliau berkata: "Ya... Mereka memberikan kami kebanyakan perkara itu, kenapa tidak?"
"Hanya untuk membuktikan mereka serius, mereka memberikan kepada kami semua kapal ini," katanya. --ANADOLU


3 ulasan:
jangan hina babi
Seekor beruk ini menyusahkan seluruh dunia, ramai lagi beruk bertopeng pejuang agama pejuang bangsa merosakkan negara hubungan kaum hubungan silaturrahim, beruk begini perlu dijimat baik mati daripada menyusahkan ramai orang, kurang sedikit beras tempatan untuk orang baik, sama juga di penjara di lokap yang kes macam-macam semuanya dibakar lagi bagus woi kah kah kah menghabiskan beras tempatan dahlah diesel tak ada sekarang bahan bakar pun semakin kurang, kah kah kah
Beratus tahun org Kelantan hantar bunga emas pd Siam pun rilek aje...
ni baru 20 kapal minyak ko sudah gelabah
Catat Ulasan