Khamis, 23 April 2026

AMERIAKA TRUMP ISRAEL DAH KALAH !!!


SAHIH LAGI BENAR

AMERIKA TRUMP

ISRAEL DAH KALAH

KAH KAH KAH

BERITA INI

BAWA MAKNA

PERANG DAH TAMAT

KAH KAH KAH

PROJEK TRUMP

PROJEK ZIONIS

GAGAL

KHALAS 


Tiada jangka masa untuk tamatkan perang - Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, 'tiada jangka masa' untuk menamatkan perang AS-Israel dengan Iran.

'Tiada tekanan masa' terhadap gencatan senjata yang dilanjutkan atau rundingan damai baharu yang belum selesai, kata Trump kepada Fox News, lapor Xinhua.

"Orang ramai berkata saya mahu menyelesaikannya kerana separuh penggal, tidak benar," dakwa Trump.

Beliau sebelum ini berkata perang akan berlangsung empat hingga enam minggu selepas ia bermula pada 28 Februari.

Pada Selasa, Trump berkata beliau akan melanjutkan gencatan senjata selama dua minggu yang ditetapkan untuk tamat pada malam Rabu.

Hal itu untuk memberi lebih banyak masa bagi Iran mengemukakan cadangan bersepadu untuk rundingan selanjutnya.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt memberitahu pemberita pada Rabu, Trump belum menetapkan tarikh akhir untuk menerima cadangan Iran.

"Garis masa akhirnya akan ditentukan oleh ketua komander," katanya.

Trump mungkin melanjutkan gencatan senjata dengan Iran selama tiga hingga lima hari lagi, media dalam talian AS Axios melaporkan pada Rabu, memetik tiga pegawai AS.

Komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Ahmad Vahidi dan timbalannya telah menolak banyak perkara yang dibincangkan oleh perunding Iran sendiri semasa pusingan pertama rundingan AS-Iran di Pakistan awal bulan ini, menurut laporan itu


Tiada ulasan: