Khamis, 23 April 2026

PAGI INI

PAGI INI



PAGI INI

KHAMIS 23 APRIL   2026

PERANG HARI KE 55


SELAT HORMUZ
Selat ini masih ditutup. Amerika mahu tekan ekonomi Iran. Iran mahu tekan ekonomi dunia.

TERAM MAHU BERUNDING
IRAN TOLAK BERUNDING 
Tapi  Teram umum gencatan senjata di teruskan.

Jika KEDAAAN INI BERTERUSAN – maka ekonomi dunia yang sedang kacau ini akan bertambah kacau.

NEGERI SEMBILAN
Kes  PECAT YAG DI PERTUAN BESAR masih berjalan – menarik – dah merebak dari kes Adat kini JADI KES POLITIK NAK  BUANG MB 

Negeri Sembilan Adat Perpatih PROTO DEMOKRASI dan PROTO FEMINIS.

Menarik  -  harap merebak dah jadi kes politik. PALING MENARIK IALAH  RAJA BOLEH DI PECAT.

NEGERI SEMBILAN jadi contoh -  Raja adil Raja di Nobat – Raja Zalim Raja di rembat ! Amin

HOKKIEN 
Pagi ini sejuk basah – petang kemarin hujan turun – Matahari dah keluar cahaya masih lembut – KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit biru indah.

Cengkerik bersimponi. How Wow  melaung dari pokok tinggi. Hokkien agak sunyi pagi ini.

Jantan Baik dan Emak sambut gua di lorong masuk. Pagi ini ramai datang makan. Gumbira ialah melihat warga Hokkien ramai datang makan.

Ketika gua menulis – Le Château agak sunyi – cahaya belum melimpah – gua harap hari akan panas – jika petang hujan, malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

BRO
Lu janji nak beri 10 ringgit kemudian lu beri 100 ringgit – ini janji baik.

BRO
Lu janji lu tak tunaikan – janji ini akan jadi hantu untuk lu.

BRO
Buat janji mudah – hanya bercakap – tepati janji lu kena lakukan. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: