PADAN MUKA
TERAM DAH KALAH
SEKARANG
NAK LARI
KAH KAH KAH
IRAN TAK BAGI
PELUANG AKAN
PUKUL SAMPAI
LUMAT
KAH KAH KAH
KHALAS
Perang Asia Barat: Trump cari jalan keluar, Iran tidak beri lalu
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilihat sedang mencari jalan keluar untuk menghentikan perang yang mahal dengan Iran tetapi Tehran dilihat tidak bersedia memberinya kemenangan mudah.
Ketika ini, Trump bertegas untuk mengekalkan sekatan di Selat Hormuz, namun Iran mahu ia ditamatkan terlebih dahulu sebelum negara itu mempertimbangkan sebarang perjanjian bagi menamatkan konflik yang dilancarkan pada 28 Februari lalu oleh Israel dan AS.
Trump sering berbangga dengan keupayaannya untuk memeterai perjanjian besar dengan pantas tetapi rundingan dengan republik Islam Iran.
Mereka nampaknya berbeza sekali kerana diplomat negara itu berdisiplin, tegas dan bersedia berjuang dalam jangka panjang menentang apa yang mereka anggap sebagai musuh yang tidak boleh dipercayai.
Trump juga mengharapkan kemajuan dalam pusingan kedua rundingan di Pakistan, dengan kehadiran Naib Presiden AS, JD Vance, tetapi Iran enggan mengesahkan kehadiran menyebabkan Vance turut membatalkannya.
Dengan gencatan senjata dua minggu bakal berakhir, kini sekutu AS di Teluk sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan serangan mengejut baharu terhadap Iran.
Ini susulan Trump memberi alasan beliau akan melanjutkan gencatan senjata kerana kepimpinan Iran yang terjejas akibat perang kini 'berpecah-belah' dan memerlukan masa untuk mengemukakan cadangan.
Perang ini terbukti membawa kesan politik yang buruk, malah berdepan tentangan daripada penyokong Parti Republikan sendiri di AS.
Iran bertindak balas terhadap serangan dengan mengawal Selat Hormuz, laluan bagi 20 peratus bekalan minyak dunia, sekali gus menyebabkan pengguna AS membayar lebih tinggi untuk bahan api beberapa bulan sebelum pilihan raya Kongres.
Trump mahupun pemerintah Iran dilihat amat sensitif terhadap sebarang tanggapan mereka akan berundur atau mengalah dan mahu melakukannya dengan cara terhormat.
Setakat ini, Trump tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan melonggarkan sekatan itu, namun Senator Republikan, Lindsey Graham, yang sekian lama menyokong serangan terhadap Iran, memberi bayangan perkara itu kini boleh menjadi alat tekanan utama AS.
Selepas bercakap dengan Trump semalam, Graham menulis di X berpendapat, 'sekatan itu akan diperluaskan dan mungkin menjadi berskala global tidak lama lagi'.
Felo kanan di Center for International Policy, Sina Toossi, berkata Trump mempunyai dua pilihan berhubung sekatan itu iaitu, menarik semula, yang dilihat akan mengukuhkan kedudukan Iran atau mengekalkannya dengan risiko menamatkan gencatan senjata.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan