SATU LAGI
KEJAYAAN IRAN
AMIN
KETIKA PERANG
BERJALAN
MENTERI PERANG
AMERIKA
DESAK PANGLIMA
PERANG AMERIKA
LETAK JAWATAN
KAH KAH KAH
ZIONIS AMERIKA
DAH TERBARI
KAH KAH KAH
KHALAS
Hegseth minta Ketua Turus Tentera Darat AS letak jawatan
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth, meminta Jeneral Randy George meletak jawatan sebagai Ketua Turus Tentera Darat AS, kata seorang pegawai pada Khamis.
Pegawai itu, yang enggan dikenali, mengesahkan laporan penyiar AS, CBS, yang menyatakan George diminta bersara serta-merta.
Bagaimanapun, permintaan itu tidak dinyatakan dengan jelas, namun CBS memetik sumber berkata Hegseth mahukan individu yang dapat melaksanakan visinya dan Presiden AS, Donald Trump, terhadap pasukan tentera darat AS.
Jurucakap Pentagon, Sean Parnell, memuat naik kenyataan di platform X yang menyebut George 'akan bersara daripada jawatannya... berkuat kuasa serta-merta', tanpa memperincikan sebabnya.
George adalah pegawai kanan tentera terkini yang disingkirkan dalam penggal kedua pentadbiran Trump, dan penyingkirannya sebagai pegawai tertinggi Tentera Darat berlaku ketika AS terbabit dalam perang dengan Iran yang menurut presiden boleh berlanjutan beberapa minggu lagi.
Sepanjang hampir empat dekad kerjaya ketenteraan, George beberapa kali ditugaskan ke Iraq dan Afghanistan serta pernah memegang jawatan termasuk Timbalan Ketua Turus Tentera Darat dan pembantu kanan ketenteraan kepada Ketua Pentagon, Lloyd Austin, ketika pentadbiran Presiden Joe Biden.
Trump sebelum ini menyelia tindakan menyingkirkan beberapa pegawai tertinggi tentera, termasuk Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Charles 'CQ' Brown, yang dipecat tanpa penjelasan pada Februari 2025.
Pegawai kanan lain yang turut disingkirkan termasuk ketua Tentera Laut dan Pengawal Pantai, jeneral yang mengetuai Agensi Keselamatan Negara (NSA), Timbalan Ketua Staf Tentera Udara, seorang laksamana Tentera Laut yang ditugaskan ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), serta tiga peguam kanan tentera.
Ketua Staf Tentera Udara juga mengumumkan persaraan tanpa penjelasan selepas hanya dua tahun daripada tempoh perkhidmatan empat tahun, manakala Ketua Pentadbiran Selatan AS bersara selepas setahun memegang jawatan itu.
Hegseth menegaskan presiden hanya memilih pemimpin yang dikehendakinya, namun penggubal undang-undang Demokrat menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya 'campur tangan politik' terhadap institusi tentera AS yang secara tradisinya berkecuali.
Tahun lalu, ketua Pentagon itu turut mengarahkan pengurangan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam jumlah jeneral dan laksamana empat bintang yang sedang berkhidmat, serta pengurangan 10 peratus bagi keseluruhan jumlah pegawai berpangkat jeneral dan laksamana. – AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan