Jumaat, 3 April 2026

PAGI INI


PAGI INI 








PAGI INI

JUMAAT 3 APRIL   2026

RAYA HARI KE 14

PERANG HARI KE 35

HARI INI HARI GOOD FRIDAY


PENGANUT AGAMA KRISTIAN MERAYAKAN HARI INI -  HARI GOOD FRIDAY – HARI NABI ISA NAIK KE LANGIT !

TRUMP BUAT LAWAK BERDIRI
Kemarin Rakyat Amerika mendengar Presiden Trump buat lawak berdiri 20 minit kah. Kah kah kah. Trump klim perang dengan Iran – AMERIKA  dah menang kah kah kah.

Trump dalam MASA dua minggu akan bom Iran hancur  hingga Iran kembali ke zaman batu kah kah kah

LAWAK LAWAK LAWAK – HAKIKATNYA – SEMUA NEGARA EROPAH TAK SOKONG PERANG TRUMP.

Bukan hanya  Sepanyol di bawah kerajaan SOSIALIS yang kutuk Trump – Meloni dari Itali tak benar kapal tebang Amerika mendarat isi minyak di Itali.

Macron dari Paris tolak rancangan   hantar kapal perang  untuk BUKA  Selat Hormuz.

AUSTRIA negara kecil pun  menolak dan TIDAK MEMBENARKAN  PESAWAT AMERIKA MELINTAS RUANG UDARA AUSTRIA – kah kah kah.

PARAH PARAH AMERIKA DAH PARAH !!! KAH KAH KAH.

Tidak cukup dengan ini : MENTERI PERANG AMERIKA  BERGADUH DENGAN PANGLIMA PERANG  AMERIKA – kah kah kah

Tidak cukup dengan ini :  Trump buang PEGUAM NEGARA AMERIKA – ini kerana Peguam negara Amerika ini  membuka fail Epstein untuk di baca umum.  KAH KAH KAH.

Semua ini adalah berita baik untuk rakyat dunia.

AWAS !!! 
Anwar bin Ibrahim nak beli senjata dari TRUMP bernilai berbilion ringgit – ini BUKAN FITNAH  -  berita ini datang dari SOSIAL MEDIA PRESIDEN TRUMP.

Justeru TURUN TURUN TURUN – Ahad ini petang jam 3 kita berjumpa DI SOGO. Amin.

HOKKIEN 
Pagi ini basah dan sejuk – kemarin petang hujan lebat. Matahari dah keluar. KL & KL Sentral berkabus berjerebu, Langit biru indah arah ke Shah Alam – Arah Sungai Besi langit kelam.

Gua mendaki bukit. Suara How Wow boleh di dengar tapi jauh. Kereta masih ramai. Membakar di sana sini.  Mercun tak banyak meledak. 

Hampir di lorong keluar ada satu keluarga sedang membersihkan kubur. Gua bertanya pada anak muda – KUBUR SIAPA ?  Ini kubur DATUK SAUDARA – Bila meninggal ? Dia ketawa kerana dia masih  muda – hanya 20 tahun  dan tak tahu tarikh mati Datuk Saudara  - Kubur dah lama.

Gua rasa hari ini akan panas – jika petang hujan malam sejuk santai – Malam Hujung  MINGGU. Amin

BRO
SENYUM 
SENYUM SAMBUT
HARI JUMAAT YANG BAIK

Mempelam jatuh di pagar berduri
Anak dara memasak putu
Trump  buat lawak berdiri
Nak bom Iran ke Zaman Batu

Seterika kecil dilihat ganjil
Simpan boneka di dalam kotak
Amerika  dah jadi barua Israel
Askar Amerika mati katak

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: