Isnin, 29 Jun 2026

AHLI PKR KELUAR PARTI


MASA PALING

BIJAK UNTUK 

TINGGALKAN

 MADAFAKA

AMIN

SEMUA LARI NAK HUMBANKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AMIN


200 ahli PKR umum keluar parti, sertai MIC
Seramai 200 ahli PKR di Johor mengumumkan keluar parti bagi menyertai MIC bahagian Iskandar Puteri semalam.

Tindakan itu diketuai oleh bekas naib pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, M Murugan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Rony Murugan yang berkata mereka kecewa terhadap kepimpinan terkini parti itu di peringkat negeri dan pusat.

"Sebenarnya yang keluar parti seramai 350 terdiri daripada India, Melayu dan Cina.

"Ada antara mereka sertai Umno, MCA, Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan ada juga berhenti terus daripada aktif politik.

"Namun majoritinya masyarakat India iaitu seramai 200 sertai MIC. Saya akan ajak lebih ramai lagi ahli-ahli PKR di seluruh Johor untuk sertai MIC, kerana ini satu-satunya parti yang memperjuangkan hak dan kebajikan kami," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu, dia menyerahkan borang keahlian kepada bekas naib presiden MIC T Mohan dalam satu sidang media di Iskandar Puteri petang semalam.

Mengulas lanjut mengenai keputusan keluar dari PKR, Murugan yang juga bekas ketua cabang PKR Iskandar Puteri selama lima penggal berkata keputusan drastik itu diambil kerana wujud ketidakserasian antara prinsip asal reformasi yang dipegangnya dengan pendekatan semasa parti.

Dia menggariskan beberapa faktor utama yang mencetuskan peletakan jawatannya, termasuk kekeliruan keputusan dalam pemilihan parti yang berlangsung pada April 2025 lalu.

"Saya telahpun dikalahkan dengan menggunakan blockchain atas talian telefon bimbit, di mana pihak ketiga boleh mengubah dan melaraskan keputusan pemilihan parti.

"Pasukan saya hampir menang dua pertiga dalam pemilihan, cuma saya seorang yang kalah. Bukti dan aduan telahpun dimajukan kepada pimpinan pusat tetapi tiada tindakan diambil hinggalah saat ini," dakwanya.

‘Orang lama disingkir’

Murugan turut menyatakan kebimbangan terhadap perpecahan dalaman PKR ekoran desakan untuk mengadakan pertandingan bagi jawatan timbalan presiden, yang menurutnya boleh melemahkan agenda reformasi.

"Orang lama mula disingkirkan dari parti oleh segolongan pemimpin yang baru saja menyertai PKR. Kami tidak diberi peluang dalam pimpinan negeri dan pusat," katanya, yang pernah menjadi calon DUN Tenggaroh pada 2013 dan DUN Layang-Layang pada 2018.

Jelasnya, kemuncak yang membuatkannya mengambil keputusan tersebut susulan pembatalan mengejut Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Iskandar Puteri yang sepatutnya berlangsung pada Ahad, 21 Jun 2026.

Murugan mendakwa, ketika dia bersama 20 hingga 25 ahli jawatankuasa sudah bersedia di sebuah restoran di Medini untuk mesyuarat yang dijadualkan jam 2 petang, mereka menerima notis penangguhan pada jam 1.25 tengah hari.

Alasan yang diberikan oleh pimpinan negeri adalah terdapat aduan mengenai pihak yang akan mengganggu perjalanan mesyuarat berkenaan.

"Persoalan saya, kini kita parti memerintah negara, siapa yang berani kacau mesyuarat agung kita? Lagipun ada beberapa anggota polis (Cawangan Khas) yang menjaga keamanan kawasan itu.

"Saya tidak tahu atas arahan siapa mesyuarat itu dibatalkan dan apa agenda di sebaliknya. Pimpinan negeri pun membisu dalam hal ini," katanya.

Malaysiaikini telah menghubungi Setiausausaha Agung PKR Fuziah Salleh untuk komen

Tiada ulasan: